Bali …. I Coming!

Percutian ke Bali dah lama aku rancang bersama kawan baik,  Raja Norzaima.  Pada asalnya aku rancang untuk travel tanpa agent, secara backpacker. Tapi memandangkan kami berdua tak pernah travel ke luar by our own, melainkan dulu waktu kecil aku pernah travel dengan family ke Medan, kami guna khidmat supir Pak Izmi dari Bali.

Dari travel berdua akhirnya menjadi empat orang, termasuk rakan sekerja. Itupun selepas berjaya dipujuk. Sebenarnya banyak tragedi di airport yang telah berlaku dalam trip ini. Oleh kerana tak pernah naik dan tak biasa dengan keadaan kat KLIA2 kalut  juga dibuatnya. Kami berempat umpama peserta Amazing Race lagaknya! Terkejar-kejar. Kami lewat! Walau lewat seminit dua rupanya gate sudah ditutup. Ingatkan kami berempat sahaja yang lewat. Rupa-rupanya ada lagi yang lewat; pasangan suami isteri yang baru sahaja berkahwin. Perasaan hampa selubungi diri aku apabila tiba sahaja di pintu gate P15 yang jaraknya Allahu sahaja tahu jauhnya! Nasib ada rakan yang ada inisiatif, merayu pada Officer bertugas. Nasib kami baik. Alhamdulillah dapat juga naik! Menapak sahaja kaki dalam flight barulah terasa penatnya berlari tak cukup tanah tadi.

12829402_1741951646041100_2867937980750880875_o

Jam 7.40 malam, kami tiba di Ngurah Rai International Aipport. Sebaik tiba di arrival hall  tertera nama-nama tourist di tangan supir masing-masing. Berpinar mata aku mencari Pak Izmi. Sampailah terpandangkan kertas tertulis nama aku. Eh! muda lagi Pak Izmi rupanya. Sebenarnya bukan Pak Izmi tetapi Ady, staff Pak Izmi. Kami kemudiannya dibawa ke restoren “Ayam Tuntang Lunak Malioboro” untuk mengisi perut terlebih dahulu sebelum di hantar ke hotel. Mahal juga makanan di sini lebih kurang sorang RM40+ termasuk tax. Selesai makan aku ajak Ady mencari simkad XL Axiata di Kuta. Tak nak lah aku roaming takut tak pasal-pasal balik dari Bali bil cecah ratusan ringgit. Heh tak kuasa! Baik cari simkad Indonesia, murah Rp 15000. Dah penat berurusan di kedai phone kami terus ke di bawa ke hotel. Woww! Cantik jugak Bali Sandy Resort. Bilik pun besar. Puas hati!

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s