Melewati Hari Terakhir di Bali

Hari in kami sepatutnya orak langkah ke Pantai Lovina pada jam 3.00 pagi. Tetapi terpaksa membatalkannya atas beberapa faktor. Salah satunya cuaca dan cara driver + guide kami sendiri. Sangat menjengkelkan. Fedup aku dengan cara dia guide kami! Sudahnya hari ke-3, banyak perubahan pada wisata-wisata yang kami nak kunjung pada hari tersebut. Pukul 8.30 pagi memang aku dah tunggu Pak Budi. Tapi nampaknya lambat 5 minit. Dah muncung aku sedepa. Belom masuk waktu melawat wisata lagi.

Destinasi pertama kami untuk hari ke-3, kami menuju ke Git-git Waterfall. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Tambah pula dengan kesesakan kebetulan hari ni (17 Disember) merupakan hari raya bagi umat Hindu di sana. Mereka sambut hari Galungan atau Kuningan. Pada hari Galungan, ritual untuk meraikan kemenangan Dharma melawan Adharma (kebaikan vs kejahatan) dilakukan. Sehari sebelum umat Hindu Bali menyambut Galungan penjor akan dipasang, dibuat daripada buluh melengkung, dihiasi dengan janur dan bunga-bunga. Bahagian bawahnya pula mempunyai sanggah. Penjor biasanya dipasang/dipancang bahagian depan pintu rumah. Kelihatan kaum lelaki segak dengan baju putih dengan kain batik jawa, manakala perempuan dengan kebaya jarang dan batik dan kain berwarna diikat dipinggang. Di setiap rumah di Bali, setiap kampung, mempunyai patung-patung pura (tempat ibadat umah Hindu Dharma).

Perasaan Gerun Bertamu di Air Terjun Gitgit

Tiba di Git-git kami perlu menapak ke bawah naik turun bukit untuk ke air terjun. Tak berani sebenarnya nak melangkah ke waterfall, sekadar mencelupkan kaki di gigi air sahaja. Sebabnya kelihatan beberapa pura yang dipuja terletak di Git Git. Bau kemenyan dah membuatkan aku pening dan gerun. Tengah hutan kat air terjun plak. Waswas juga. Nanti dikata tak beradab. Kedengaran di telinga somebody berkata “tumpang lalu”. Dalam hati, aku mula membaca surah-surah lazim yang aku ingat. Rehat sekejap sebaik sahaja kaki mencecah berhampiran air terjun. Ambil gambar dan kemudian kembali semula ke atas. Tak kuasa nak duduk lama. Lagipun perasaan takut menguasai diri. Apabila langit memberi isyarat hari dah kelam. Cepat-cepat aku ajak Emma naik ke atas.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Mencecah kaki ke air dalam ketakutan.

Ku Jeling Sepintas Lalu Bedugul

Sebaik kereta bergerak, kami di bawa menuju ke Bedugul (Kalau kat M’sia macam suasana Cameron Highland, tapi yang Bedugul ni ada tasik). Di Bedugul pula ada Ulun Danun Temple. Oleh kerana ada yang tak nak singgah (sedangkan hati aku berkira-kira aku nak singgah), Ok tak apalah. Pujuk hati. Lagipun tak ada apa di sini. Dreamland pun tak dapat jengah. Hmm dalam hati alahai banyaknya tempat skip! Sepanjang jalan aku mendiamkan diri. Memikirkan tempat-tempat yang skip. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Tak apa lain kali boleh datang waktu honeymoon nanti!

Sepetang Di Uluwatu Temple

Kami terus ke destinasi terakhir pada hari itu; Uluwatu Temple. Sangat cantik tempatnya. Humang aih kalau ke sana boleh tengok tebing tinggi yang menghadap Lautan Hindi. Nak bergambar di tepi tebing tinggi tu pun perlu berebut dengan warga China dan Korea. RAMAI. Di sini perlu berhati-hati kerana memang tidak ada tali atau apa-apa yang mengingatkan pengunjung tentang keselamatan. Kalau jatuh nasib laaa…Memang di bawah jawabnya. Lama juga kami ambil masa pusing-pusing di sini. Oh ya! Di sini kita akan diingatkan supaya menjaga harta benda masing-masing kerana banyak kera-kera liar berkeliaran. Penat-penat pusing Uluwatu, sebelum berangkat balik ke hotel kami pekena air kelapa yang harganya Rp 15 000 sebiji.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Tebing Tinggi Uluwatu curam dan dalam . Tebingnya berketinggian kira-kira 70 meter dari aras laut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Pura Uluwatu menghadap lautan India. Kita dapat akan dapat menyaksikan hamparan laut dengan hembusan angin yang cukup kencang
DSC_4468-1
Anak-anak gadis yang baru selesai bersembahyang sempena perayaan Galungan

Lewat petang free and easy. Kembali semula ke hotel berendam dalam kolam. Ada yang menjengah ke Kuta Beach (tak boleh mandi pun time tu sebabnya ombak laut memang kuat!). So malam tu sekali lagi jengah HRC. Belikan baju kiriman orang. Dan malam tu juga aku jalan-jalan cari key-chain buat souvenior. Nak tahu apa yang aku nampak kat kedai-kedai kraftangan area Jalan Poppies II menuju ke hotel tempat aku menginap??Hahaha..unik betui ukiran dia. Nantilah korang tengok sendiri aku tau capture sahaja. Nak ulas tak kuasa aku. Sensor!!! Tepat kul 10 malam kami kembali ke bilik. Masa untuk mengemas sebab jam 6.35 pagi waktu pulang ke Malaysia. Selamat tinggal Bali. Bisa datang lagi sebab ada banyak lagi tempat yang aku belom jengah!

2014-12-17 21.54.30
Cenderamata berbentuk alat sulit banyak terdapat di Poppies Lane II

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s