Menjengah Tempat Menarik Sekitar Lijiang

Day 2 Lijiang Old Town – Lashi Lake – Guanyin Gorge

Tepat jam 5.30 pagi, muzik di dalam train dipasang menandakan sudah menginjak pagi. Lebih tepat lagi orang kata itulah loceng pagi di dalam keretapi. Waktu ini sebenarnya aku sudahpun terjaga. Aku lihat banyak passenger sudah bangun gosok gigi dan basuh muka. Aku juga cepat-cepat uruskan urusan. Lagipun pukul 6.00pagi nanti dijangka sampai ke Lijiang. Hai…tak ku sangka time basuh muka pun ada makcik local ni jeling-jeling aku. Gamaknya “cantik” sangat agaknya muka bangun pagi aku atau hairan gamaknya melihat aku bertudung kepala?

Sebaik tiba di Lijiang angin sejuk mula menyapa hingga ke tulang. Terketar-ketar aku dibuatnya. Tak menahan! Seriusly LIJIANG adalah tempat yang paling sejuk kerana kedudukannya yang berdekatan dengan dataran tinggi Yunnan. Kos dari Station Keretapi Lijiang ke Lijiang Ancient Town hanyalah kira-kira 50yuan untuk 3 orang dengan menaiki  bas /van berwarna biru. 30 minit sahaja rupanya dari Lijiang Railway Station untuk ke Ancient Town. Rasa satu kepuasan pula bagi aku pabila orang sana tahu kita boleh bertutur mandarin walaupun sikit-sikit. Dapatlah juga tambang murah di awal pagi. Tapi kena pandai lah tawar menawar ya!

Line-dividerAneka Drama Di Awal Pagi

Dijadikan cerita, sebaik sahaja Uncle van biru memberhentikan kami di depan jalan besar. dan  masih lagi gelap harinya, aku tercari-cari juga arah  ke Lijiang International Youth Hostel. Pusing pi pusing mai, akhirnya jumpa juga. Susah betul bila mencari dalam kegelapan. Ada seorang guard lebih kurang seperti tentera bila ditanya arah jalan langsung tak nak ditolong. Belum pun aku membuka mulut bertanyakan arah dibibirnya pantas menyebut “wo bu chi dao”. Pergh…Sombongnya kau!

Satu lagi drama awal pagi terjadi apabila tiba di hostel, pekerja kaunter pula tak nak  dan liat bangun tidur. What the hell? Memang dasar pemalas betul. Dah la berbakul aku kutuk. Cakap bahasa mandarin pun disuruh juga tunggu 8.30 pagi untuk berurusan sambil menunjukkan jam. Aku tahu la “ba dian ban”, tetapi aku pada booking aku dah minta dan request masuk awal kan! Bermula lah episod tunggu menunggu sehingga 9.15 pagi.

“Hish nak kena smash dah ni. Tengok ler nanti dalam aku boh komen tak elok tentang servis. Fail in the services!!!”, getus hati aku.

Sehinggalah aku rasa pihak Booking.com dari China call then settle, easy as ABC. Yang susahkan mereka-mereka juga. Bengang betul! Sebaik dapat sahaja bilik apa lagi, masuk kemaskan barang dan diri kemudian sarapan. Pukul 10.00 pagi kami keluar semula. Tempat pertama aku pada hari ini memang nak ku tuju ke Jade Dragon Snow Mountain. Jade Dragon Snow Mountain atau lebih dikenali sebagai Yulong Mountain ini merupakan kawasan National Park di Lijiang yang gunungnya sentiasa diseliputi salji.

Sebaik tiba di tepi jalan, aku tercari-cari van biru yang ku naik pagi tadi. Sebaik nampak sahaja terus  ku tuju ke arah van biru tersebut. Kali ni perempuan pemandunya. Namanya Ha. Ramah orangnya. Bila dikhabarkan aku ingin ke Jade Dragon Snow, Ah Ha khabarkan berita sedih Jade Dragon Snow Mountain tidak boleh dijengah. Ditutup  katanya kerana disebabkan angin kuat. Aduh! Perasaan hampa muncul di hati. Sebagai ganti kami di bawa ke Lashi Lake. Perjalanan ke sana kira-kira 10 kilometer sahaja dari Lijiang Old Town. Sepanjang perjalanan Ah Ha ramah bercerita. Aku yang boleh bahasa Mandarin sikit-sikit ni boleh lah balas balik. Kena part yang aku tak faham memang aku diam. Berkali-kali dia terang. Masih blur dan kabur. Tak faham bahasa barangkali. Sebagai inisitif aku google perkataan apa yang Ah Ha sebutkan tadi. Baru la aku faham maksudnya. Bila dibalas.. Ah Ha ketawakan aku kerana mengambil masa yang lama untuk memahami perbualan kami. LAMPI yaaa Cikgu!

Line-dividerTempat – tempat Menarik di Lijiang

1⃣ Lashi Lake

Untuk pengetahuan semua, Lashi Lake terletak di kaki Gunung Jade Dragon Snow. Lashi Lake merupakan nature reserve untuk burung-burung migrate. Terdapat juga perkampungan puak Naxi. Banyak aktiviti boleh buat di sini asalkan sediakan duit secukupnya. Lagi banyak aktiviti yang kita ambil lagi banyak kena bayar. Aku hanya mengambil pakej dari point 1-6. Kos 560yuan. Mahal juga tu! Dalam pakej cover horse riding dari point 1-5. Sampaikan sakit bontot tunggang kuda! Kita akan dibawa menunggang kuda dalam berkumpulan dan mendayung sampan pada point 6 untuk melihat burung migrate dari jarak yang dekat. Sayangnya pakcik yang mendayung sampan tak row sampai ke tengah! Nasiblah tak ralat sangat  pun sebab burung migrate pernah aku lihat!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Experiencing the Ancient Tea Horse Road on horses. Phew! Sakit bontot…
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Row row row your boat.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Beauty Spring (Mei Quan)

2⃣ Guanyin Gorge

Guanyin Gorge terletak berbelas kilometer juga dari bandar Lijiang. Pemandangan di sini tak kurang indahnya. Ada air terjun, kaya dengan budaya dan agama dan ada perkampungan kaum Naxi di situ. Ada juga senibina tradisional termasuk rumah kaum Naxi. Yang aku suka di sini ialah air terjunnya. Cantik… dari tebing yang tinggi mencurah-curah ke bawah. Tempias air hingga ke muka. SEJUK.

Guanyin Gorge sebenarnya merupakan gaung dan laluan penting dan kubu tentera pihak Lijiang satu masa dulu. Pelbagai aktiviti yang boleh kita lakukan di sini seperti menaiki cable car ataupun flying fox, meniti jambatan gantung, menaiki boat dan sebagainya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Guanyin Gorge Park
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Guanyin Gorge pernah menjadi pas penting dan kubu tentera. Waterfall area.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Menyelusuri anak sungai. Guanyin Gorge juga dikatakan antara laluan terpenting zaman dahulu “Lijiang Ancient Tea Horse Road”
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Yellow Dragon Pool

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s