Stone Forest & Jiuxiang Yang Menarik Hati

Day 4 Kunming

Hari ke-4, perjalanan di sana sangat mudah. Perjalanan yang panjang dan memenatkan dari Lijiang membuatkan kami kelihatan letih. Sempat juga lena sehingga pukul 8.00pg di hotel. Bangun sahaja terus siap-siap untuk menjejak ke tempat seterusnya iaitu Stone Forest. Aku decide nak ambil kereta sapu. Tak susah. Pergi saja di depan Kunming Railway station. Sana banyak local private driver menawarkan perkhidmatan. Perjalanan Ke Stone Forest mengambil masa kira-kira 45minit. Naik highway. Redah gunung ganang. Indahnya alam ciptaan Tuhan! Sejuk mata memandang. 

Sebaik tiba di Stone Forest kami agak terpinga umpama hilang arah tuju kerana sungguh luas kawasannya. Nasib menyebelahi kami bila ada Uncle berbangsa Cina dari Malaysia menegur. Ya berkat senyum-senyum kan. Hehe..ok dah settle kami dapat sorang tourguide yang ramah. Dia satu-satunya tourguide yang boleh berbahasa Inggeris. Fee yang dikenakan adalah sebanyak 175yuan. Nak jalan sendiri tanpa guide just tambah 15yuan untuk Cable Car Ticket. Dalam Stone Forest ni ada 6 tempat menarik yang boleh dilawati antaranya The Greater Stone Forest, The Minor Stone Forest, External Mushroon Scenic Area, Lizi Yuan qing Scenic Area, Bushao hill Scenic Area dan Shilin Karst Geology Muzeum. So kalau boleh habiskan ler separuh hari kat Stone Forest ni. Kami hanya lawat dua tempat ja The Greater dan The Minor.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
That’s our tour guide. Heheh ramah weh! Yang penting dia amik pic aku sikit punya lawa!
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Stones Forest yang masih di tenggelami air

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tepat jam 2.30 petang kami bergerak ke Jiuxiang Cave. Fee untuk Jiuxiang Cave tak silap aku 120 yuan. Yang Ini termasuk naik open cable car. Gayat baq hang!! Actually kat Jiuxiang Cave ni boleh naik boat tengok keindahan gua. Di dalam gua pula banyak anak tangga. Huhu penat sebenarnya meniti tangga yang curam. Tetapi sebab tempatnya yang cantik, penat hilang begitu saja. Berpuas hati!

 

Dan aku paling suka time naik cable car. Haha..adventure weh. Dah la penghadang depan tu kita tahan dengan kaki sahaja. Silap hari bulan kalau seronok sangat boleh terjatuh ke bawah. Tinggi tau mak ngah!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Speleothem yang tergantung di dinding-dinding gua
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Keindahan pelbagai bentuk dinding gua menarik pandangan mata
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
ngarai bawah tanah paling cantik & indah di China dengan panjang kira-kira 700 meter dan kedalaman hampir 100 meter.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Green Shady Valley
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Cable car ker mcm ni?? Jiuxiang cable car sangat mencabar tau!Gayat..

Seronok menikmati keindahan sekeliling Jiuxiang Cave ni, akhirnya apabila jam menunjukkan pukul 6.00 petang kami bertolak semula ke Kunming. Di Kunming kami menapak pula ke Jinbi Road untuk cari makanan halal. Penat dan bosan makan makanan yang kami bawa. Kat Jinbi Road ni senang sebab ada Muslim kat sini. Usai makan kami menapak kembali ke hotel. Sehingga tersesat…Mengenangkan inilah hari terakhir sebelum bertolak pulang esoknya. Aku layan ja sampai jumpa jalan. Tak susah pun googlemaps kan ada. So malam tu tido awal la seadanya. Penat katakan. 😜

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s