Bermulanya Kembara Di Bumi Gajah Putih

Seawal jam 6.40 pagi kami sudah tercegat di Tol Taman Sejati. Van yang akan bawa kami ke Hatyai memang menepati masa. Asalnya perancangan aku nak naik keretapi tetapi apakan daya.. lambat sangat beli tiket. Sekali tiket abis. So terpaksa guna alternatif lain dengan mengambil van ke Hatyai. Kemudian dari Hatyai baru naik train ke Bangkok.

Okay sambung cerita, perjalanan kami ke Hatyai mengambil masa dalam dua jam. Sebelum tu berhenti di Changlun. Uncle van isi kan departure/arrival card. Tung tang tung tang..cop sana sini semua urusan kat sempadan settle jam 10.00pagi. Dalam pukul 11.00 pagi dah sampai Hatyai.

IMG-20150531-WA0000IMG-20150601-WA0051

Disebabkan perut terlalu lapar, sebaik tiba di Hatyai aku cari kedai makan terlebih dahulu. Tak susah nak cari halal food dekat Hatyai. Bersepah! Berhadapan stesen keretapi sahaja ada dua kedai bersebelahan. Aku suka jengah Dapor Muslim. Tuannya ramah dan pandai cakap melayu. Makan di sini bagi aku  harganya bolehlah..mahal tidak its depend on your pocket. Nasi putih, paprik ayam, stew daging dan air teo o ais semuanya RM13 (130Baht).

Train aku ke Bangkok bertolak jam 2.45 petang. Delay hampir 2 jam lebih. Bosan nya menunggu! Tercangak kebosanan aku dan Emma di Hatyai train station. Di sini jika kita blur dan tak tahu platform mana yang perlu dituju jangan risau. Ada banyak officer bertugas. Mereka ramah membantu. Tenggelam punca juga aku di sini sebab trainnya sedikit tak terurus. Di tiket dicatatkan Car 12 tapi aku tengok train yang tiba tak ada pulak tercatat Car 12. Lantak la labu janji officer kat situ dah membantu dan selamat masuk ke koc yang betul. Perjalanan dari Bangkok sebenarnya mengambil masa lebih 16 jam. What 16 jam?? Nasib aku ambil sleeper train sepanjang ke Bangkok. Puas tidur tungging terbalik. Nyenyak betul lenaku…tetapi bila bangun,  ditinjau-tinjau ke luar belum juga tiba ke destinasi. Lamanya! Jam 11.00 pagi keesokannya baru lah menjejak Bangkok. Terasa nak travel by train? Kalau sanggup berlama-lamaan atas train dipersilakan.

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s