Bamboo Rafting di Yulong River

Row..row row your boat gentle down the stream 🎶🎵

Hai semua! Hari ini aktiviti kami tidak lain tidak bukan mencuba bamboo rafting di sepanjang Sungai Yulong. Kami ambil pakej juga dari kaunter Wada Hostel dengan harga CNY80 per pax. Aku tak pasti route mana yang Wada Hostel book. Ada banyak route untuk susuri sungai Yulong ini sebenarnya. Aku ada terbaca dari blog dan saranan orang katanya terus sahaja ke sungai untuk dapat harga murah. Iye?? Entah. Harga yang kami dapat sekali dengan pengangkutan pergi-balik. Kira berbaloi juga. Rafting waktu winter amat superb rasanya. Dengan sejuk yang mencengkam jiwa, dengan pemandangan yang membuai-buai mata agar terlelap lena. Secara jujur aku sukakan pengalaman dan perasaan itu bertamu. Kalau tak percaya, cubalah! Sejuk mata memandang. Jiwa tenang menghadap alam Ciptaan Tuhan.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kelihatan bukit batu kapur megah tersusun berhampiran tebing sungai

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
pengayuh sampan mencari rezeki

Sesekali Uncle yang berakit bertanyakan kami sepatah dua soalan. Yang aku tahu aku balas. Yang tak tahu aku buat muka kering. Hadap pemandangan. Walhal hahahha…. tak tahu nak menjawab. Cover! Cover itu yang penting. Dan apa yang aku tengok mereka suka warga Malaysia. Dok mencanang jugak dekat rakit sebelah kami dari Malaysia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Yulong River view

Sepanjang berakit di Sungai Yulong aku tengok terdapat hampir lebih 7 jeram buatan. Bertingkat-tingkat rupanya sungai ni. Air sungainya tenang dan lebih jernih dari Sungai Li. Allah..tak mampu aku ucapkan apa yang terbuku di hati. Melihat keindahan alam ciptaan Ilahi. Mau je rasa duduk situ selamanya tau.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Yulong Bridge Yangshuo
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Kesibukan terasa di Yulong River.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Usai bamboo rafting kami dijemput oleh van untuk terus kembali ke Wada Hostel. Kemaskan apa yang patut seterusnya check out. Kami sempat makan tengahari dan sebelum pulang sempat juga tinjau West Street. Apalagi sesi merembat shawl bermula.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Suasana di Yangshuo seawal pagi
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
West Street also known as foreigner’s street

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Walaupun menggalas bebanan di bahu, shopping tetap tak dilupa! haha

 

Its Time To Go Back To Nanning 

Destinasi seterusnya ialah Guilin Railway Station kerana tiket train ke Nanning sudah dibeli. Perjalanan dari Yangshuo hampir kurang 4 jam juga. Kali ini kami naik bas biasa. Bukan bas ekpress yang harganya lebih kurang CNY20. Murah sikit tapi benyak berhenti-henti. Kerap jugak bas berhenti. Tak apalah yang penting sampai. Sepanjang perjalanan ke Guilin beberapa kali aku terlelap. Sama naik dengkuran aku dengan bunyi enjin bas. Lantaklah Zaid di sebelah. Aku dah tak peduli. Sebaik sahaja bas berjalan sebentar tadi terus aku landingkan bantal travel ke tingkap bas..Zzz. Sedar-sedar dah sampai Guilin. Nikmat lena!

Dalam mamai aku atur langkah ke Guilin Train Station. Mengekor aje langkah Zaid. Rupanya kami tiba awal tidak seperti yang dijangka. Keputusan diambil untuk menukar tiket. Tiket paling awal diambil agar sampai Nanning tak de lah lewat malam sangat. Alhamdulillah dipermudahkan urusan. Opss terlupa! Sebenarnya tiket kami bukan ke Nanning City tau tapi Nanningdong Station yang jauhnya lebih kurang 45minit perjalanan ke Nanning City. Sebaik tiba di Nanningdong bas tak ada. Jenuh… last option terpaksa lah ambil prebet sapu. TERPAKSA. Dalam keterpaksaan tu akhirnya tiba juga ke Nanning Travelling Hostel. Rehat. Itu yang berada dibenak fikiranku. Dah tak ada mood nak berjalan pusing Nanning dah. Selepas sahaja pekena hot chocolate terus aku lelapkan  mata.

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s