Sabai-Sabai Pattaya, Bermulanya Sebuah Perjalanan

Sabai-Sabai Pattaya!!!!

Perjalanan kami ke Pattaya bermula di Sungai Petani. Tanggal 6 Februari langkah kaki dimulakan. Alhamdulillah perjalanan lancar dari Sungai Petani ➡ Hatyai. Dalam jam 11.00 pagi waktu Malaysia, sampailah kami di Hatyai. First of all sebaik tiba di Hatyai Railway Station, aku tuju Parcel Office terlebih dahulu sebabnya nak tuntut tiket yang aku sudah beli secara online pada laman web tertera https://12go.asia/. Memikirkan trip kali ini waktu cuti CNY, membuatkan aku mengambil keputusan membeli tiket secara online. Takut kehabisan tiket sebenarnya. Kalau tidak sebelum ni aku main taram je beli tiket di kaunter. Atas nasib jugak! Tapi tak perlu risaulah. Dari Hatyai ke Bangkok tak silap aku ada 5 train. Pilih waktu, terpulang pada kehendak masing-masing.

Usai sahaja dapatkan tiket, aku mengajak Seri letakkan dahulu beg di Left Baggage kaunter. Satu beg dikenakan cas sebanyak 40THB. Kemudian kami mengorak langkah mencari makan tengahari sementara tunggu train tiba pukul 3.45pm waktu Thailand. So jalan-jalan lah kami di Hatyai, jelajah setiap lorong demi lorong. Aku pernah jengah Hatyai sebelum ini tapi masalahnya aku ni jenis ingat-ingat lupa jalannya. Nasib ada mulut dan ada GPS. Kalau teragak dengan GPS..Tanya sahaja pakcik-pakcik taxi motor tu. Restoren Hamid yang kami jengah itu pun selepas tanya pakcik-pakcik bawak tuk tuk di pinggir jalan. Quite expensive makanan di sini. Satu lagi kalau order nasi goreng seafood/udang/ayam/daging… nasi digoreng sekali. Bezanya letak lauk diletakkan di atas. Rasa sama sahaja..Pasrah pun iya sebab memang perut sedang kelaparan.

Usai makan, kami kembali semula ke Railway Station untuk menunggu train. Dalam perjalanan sempat lagi rembat pulut ayam buat bekal. Opsss! Sebelum tu… oleh sebab mata aku jenis meliar memandang, ternampaklah dua minah berbaju kurung sambil selfie-selfie di train station. Dalam hati “Eh orang malaysia berbaju kurung? Tak susah diri ke kak beg berat-berat. Travel jauh-jauh dah kena control ayu pulak”.

Jahat juga terdetik di hati aku. Sudah menjadi trend dan viral di BBM si gadis yang travel memakai baju kurung. Kah! Kalau aku setakat selfie sahaja kot aku nak pakai. Lagipun susah nak bergerak nanti. Kalau Hatyai, alahai bersepah orang Malaysia. Tak hairan dah tu kot sebab bukan sesuatu yang rare lagi dah. Haha.. Dari kejauhan mata aku masih asyik memandang gelagat mereka. Sebenarnya terdetik juga untuk menegur beramah mesra. “Nak pergi mana awak?” Tapi terkubur hasrat di hati sebab penat menunggu train yang delay hampir sejam. Macam-macam aku dan Seri sembangkan bagi menghilangkan bosan menunggu train yang tak kunjung tiba. Alhamdulillah, akhirnya tepat jam 4.45pm kami pun bertolak ke Bangkok.

IMG_20160206_161538_edited

Masing-masing kebosanan menunggu train yang delay

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pemandangan dari dalam train sepanjang perjalanan ke Bangkok. “Menghayati alam katanya!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s