Nightlife In Pattaya

Hari kedua, masih lagi berada di dalam train. Oleh kerana kepenatan, alam semalam membuatkan aku terlena awal di atas train. Sekejap-sekejap terjaga. Bila terjaga aku selalu menyelak tirai. “Bila nak cerah ni?”, getus hati. Nampak benar tak sabar nak sampai Bangkok seterusnya ke Pattaya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Selamat pagi Malaysia.. Waktu ni blom mandi ye.Lol

Kami tiba di Hua Lamphong, Bangkok seawal jam 10.00 pag. Turun sahaja dari train langkah diatur terus ke toilet. Apa lagi nak shower la! Ikutkan hati nak saja lajak dari Bangkok terus ke Pattaya dengan tak mandi. Tapi memikir sampai petang. Erk..tak naklah aku! Sibuk-sibuk beratur nak tunggu turn untuk shower, aku terserempak dengan cik adik berbaju kurung semalam. As usual aku ramahkan diri menegur. Baru ku tahu mereka menuju ke Pak Chong.  Erk…Pak Chong? Aku tak berapa pasti apa yang mereka sebutkan. Lagipun sibuk nak masuk mandi kan. Kah!

Usai bersihkan diri baru aku dan Seri bergerak mencari sarapan. Tak de lah sarapan sangat kat Hua Lamphong tu. Kami hanya lepak-lepak dengan adik-adik berbaju kurung tadi. Aisyah dan Ain namanya. Bersembang sekejap tentang diri dan haluan masing-masing. Org medical rupenya. Train mereka seterusnya pada pukul 11.00 pagi. Manakala kami pula perlu bergerak ke Ekkamai. Usai sarapan kami berpisah ikut haluan dan tujuan masing-masing.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Breakfast before moving to Pattaya

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tada.. Cik adik berbaju kurung. Kami sempat berkenalan gitu!

Perjalanan Ke Pattaya 

Aku dan Seri bergerak ke Hua Lamphong Metro Station. Ini lah pertama kali aku gunakan MRT dan BTS, Thailand. Sangat efficent dan cepat. Maklumat tentang MRT/BTS ni aku bertanyakan pada salah seorang kawan di dalam grup WhatApps TSR. Tak ingat siapa namanya. Terima kasaih banyak-banyak diucapkan, berpandukan maklumat yang diberikan tu aku main taram je ikut. Hanya sempat membaca juga sikit-sikit dan aku sempat download apps Trainsity Bangkok (dalam handset) untuk mengetahui akses line MRT/BTS ni. Tak perlu susah tanya soalan kat BBM. Yang penting kita cari dulu dalam internet. Banyak aih.. Sekarang ini semua di hujung jari.

Dari MRT Hua Lamphong, kami terus ke stesen Sukhumvit yang merupakan interchange station antara MRT dan BTS. Kos hangus di sini 28THB. Kemudian terus amik BTS ke Ekkamai menghala ke Bearing Line. Kos hangus sini pula 25THB. Tak susah pun sebenarnya bila tahu menggunakan kemudahan yang ada. Sebaik sahaja sampai Ekkamai kami terus grab tiket ke Pattaya. Harga tiket dari Ekkamai ke Pattaya pula sebanyak 115THB.

Sebaik bas bertolak aku mula layan kepala. Lena. Kah! Sampai sahaja Pattaya. Pergh blur sekejap! Internet data aku mula buat hal sekejap ok sekejap tak boleh bila gunakan googlemaps. Entah ke mana di bawanya aku dan Seri, puas berjalan sudahlah dengan mengusung beg yang berat. Tak berputus asa aku dan Seri mencari jalan kebenaran. Kah! Bila hilang signal cari lagi kemudian redah. Sampai lah aku fikir.. “Eh pukul berapa nak sampai hotel ni. Asyik tersesat sahaja”

Keputusan bersama diambil untuk menaiki taxi motor. Time ni..nak pakai helmet pun aku dah tak reti pakai. Lol. Penat sama sebenarnya. Sampaikan pakcik taxi motor tu pula sarungkan helmet lagaknya seperti ayah pakaikan helmet ke anak. Kemudian, berbekalkan alamat dalam apps Booking aku pun unjukkan pada pakcik tersebut. Alhamdulillah selamat sampai. Charge taxi motor ni murah juga, aku kena charge 40THB.

Sebaik check in dan menjejakkan kaki ke bilik terasa macam nak lena. Kepenatan mungkin. Sudah dapat katil tapi tak jadi lena pula. Masing-masing hadap ke handset. Aku dan Seri rehat dulu then after Maghrib baru la decide keluar makan dan tinjau-tinjau jalan tempat yang nak di tuju.

Nightlife In Pattaya

Lepas Magrib, kami atur langkah meninjau Pattaya di waktu malam. Ramainya umat! Kiri kanan penuh dengan pelancong. Dan ada gadis-gadis yang bersidai menunggu pelanggan untuk massage service. Well budaya macam ini tak terkejut dah sebab Thailand terkenal dengan “massage service”. Dan aku juga membaca dan merujuk banyak blog berkaitan Pattaya sebelum datang ke sini. And “that” industries dah jadi industry service yang dibenarkan oleh kerajaan. So tetapkan di minda, tujuan melawat atas dasar apa? Teruskan sahaja.

Dalam asyik berjalan meninjau sekeliling Seri mengajak sewa motosikal bagi memudahkan pergerakan. Sewa motosikal di sana dikenakan charge sebanyak 220THB untuk sehari. 1000THB untuk deposit dan 40THB untuk duit minyak. Pulun aku berkomunikasi dalam English alih alih tuan penyewa bertanya, “dari Indonesia ke?”. Aku tak hairan bila ditanya sedemikian kerana kebanyakkan web/blog yang aku surf tentang travel ke Pattaya ni banyak dipost oleh blogger dari Indonesia. Payah juga hendak cari Malaysian blogger yang post pasal Pattaya. Tak glamerkah Pattaya???

Dah siap semuanya, bermulalah sesi melenjan skuter ni dengan Seri menjadi penunggang, dan aku pula pemboncengnya. Sejam juga kami pusing cari kedai makan halal. Tak susah tapi yang menyusahkan adalah kerana googlemaps. Line internet so slow. Pasrah je lah. Akhirnya dapat juga makan. Usai makan kami terus ke Garden Park Royal Shopping Centre untuk menjengah Ripley’s Believe It or Not. Kami sempat amik pakej merangkumi Ripley’s, 12D Moving Theater (hok ni best..terjerit aku ngn Seri dalam panggung tu) dan cover jugak Louise Tussaud’s Waxworks. Kos hangus di sini hampir 800THB. Asyik juga dibuatnya sampai kami dijemput keluar kerana waktu operasi tempat ini hanyalah sehingga pukul 11.30malam. Terasa ala-ala orang kehormat dijemput ke luar gitu!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

P2071626_edited.jpg

The greatestglution, Roman Emperor..si Vitellius memperuntukan sebanyak $375 000 sehari untuk makan sahaja. Patut ke badan macam itu. Lol.

P2071614_edited.jpg

Corn art

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Ikan trout berbulu yang ditemui di Milwauukee Winconsin, Amerika Syarikat

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Stands among the famous.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Wow! Pandang apa tu?

Next destination, Seri mengajak menjengah HRC. Nak jengah Rock Shop katanya. Aku yang sememangnya tak nak shopping terjebak sekali beli tshirt putih yang berharga 350THB. Dalam tak hendak dan tak mau shopping tu. Lol. Kami layan band sampai lewat pagi. Yang bestnya ditemani angin yang sepoi-sepoi bahasa vokalis sempat menyumbangkan lagu untuk kami, sexiest ladies. Kah! And that band from Bali uolls. Enjoys!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Lets sip a cup of tea.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Lepaking at HRC Pattaya

 

💌 KCF

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s