Pattaya Floating Market & Nongnooch Tropical Garden

Hari ini kami berdua bergerak jauh sikit dari Pattaya City. Menaiki motosikal dengan Seri mengharungi jalanraya dan lebuhraya Pattaya sedikit sebanyak menggerunkan aku. Dah lama aku tak bonceng ataupun menunggang motosikal sebenarnya. Hampir 3 tahun. Pagi tersebut kami menghala ke arah selatan Pattaya atas sedikit dari Jomtien Beach bagi menuju ke destinasi seterusnya Pattaya Floating Market.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Setelah hampir 10 kilometer, kami tiba di destinasi. Rupanya ramai pengunjung di sini. Penuh dengan bas dan van-van pelancong. Kos masuk ke sini boleh dikira mahal. Entrence fee + boat rowing dikenakan 800THB. So kami decide hanya nak melawat sahaja atas pelantar tanpa rowing boat. Itu pun dah memadai. Banyak kedai atau gerai kecil yang menjual beraneka juadah makanan hatta souvenior. Sempat aku meninjau one of the seller with crocodile yang dah mati on the rooftop sampannya. Bila aku mendekat dia terus offer ” satey buaya?”. Adeh geli geleman dah tengok makanan eksotik ni. Baunya menyengat.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Satey buaya ~ antara makanan eksotik yang dijual di Floating Market

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

James Hook The Pirates pun ada kat Floating Market.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERAHampir sejam lebih kami melepak di sini sambil makan dan berbelanja membeli cenderahati..barulah kami bergerak ke tempat seterusnya, Nongnooch Tropical Garden & Cultural Village. Tak jauh sebenarnya tempat ini dari Pattaya Floating Market. Cuma garden ini kena masuk dalam sikit dari jalan besar. Sepanjang perjalanan di lebuhraya, aku perhatikan di kiri kanan banyak atrractions yang ada. Ada Waterpark Pattaya Cartoon Network, Pattaya Cart Speedway. Macam-macam lagilah.

Taman Yang Unik ~ Nongnooch Tropical Garden

Enterence fee bagi Nongnooch Tropical Garden adalah sebanyak 800THB termasuk sekali dengan Thai Culture Show + Elephant Show. Dan ada waktu-waktu yang ditetapkan untuk dua-dua show ini. Dalam culture show banyak seni tarian dipersembahkan bagi setiap daerah di Thailand. Aku tertarik bila melihatkan persembahan dari selatan Thailand. Jelas menampakkan budaya melayu di situ. Saat tu aku teringat lagu zapin joget pernah terdengar di Dataran Krabi yang ada Mr. Crab tu. Yaaa…. nampaknya boleh kaitkan sedikit dengan Sejarah. Teringat sejarah Kedah Tua…Eh! Tiba-tiba bangga jadi orang Kedah! Lol.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Terpikat tengaok taman bonsai sampai sanggup mencari spot menarik

 

 

This slideshow requires JavaScript.

Usai Thai Culture Show kami beralih pula ke gelanggang bagi melihat elephant show. Cuma time ni aku ralat sikit. Sebab bermain di minda… pernah terbaca kat web tentang binatang ini didera. Trained elephant. Owh! Apakah? Aku rasa ralat sangat. Sambil melihat show aku perhatikan setiap gajah-gajah ini..baik yang tua atau yang kecil, mereka melakukan di luar normal seekor gajah bagi menghiburkan manusia. Ralat lagi! And that’s why aku kurang sikit kalau show gajah, show melibatkan binatang. Macam-macam bermain di minda. Dan…..aku banyak berfikir sampai kadangkala Seri selalu kata “Kak Sya whats wrong with you?” keesokannya. Berserabut.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

patung gajah dipamerkan di ruang masuk kompleks

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Elephant show…sampai  terbeliak mata si gajah buat persembahan. Hmm…

Aku lihat ada jugak Che Rimau yang terlantar tidur atas pentas. Dan aku pasti harimau tersebut diberi ubat penenang. Ralat lagi tau..sebab secara tak langsung aku support benda-benda gini. Tapi abaikan je lah! Dah berlalu. Selebihnya aku dan Seri melayan mengambil gambar, posing sana sini sebelum pulang ke sarang. Yuhuuu…esok snorkeling. Rest mau kena cukup okay!

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s