Pulau Payar : Day Trip Yang Awesome!

“Argh tension” luah aku dalam facebook baru-baru ni secara tak langsung membuatkan aku diajak rakan untuk ikut day trip ke Payar. Bagai mengantuk disorongkan bantal. Terlebih-lebih sorong dah rupanya. Sangat seronok tak terkata. Trip yang penuh dengan kegembiraan.

Medium Whatsapp diwujudkan bagi mengetahui perkembangan tentang “Trip Payar With Love”. Secara jujur memang tak kenal pun dan aku jarang mencelah di medium ini. Kalau mencelah pun meluahkan kegusaran tak tahu berenang. Sementelahan memang aku tak tahu berenang tau!

Seawal jam 5.15 pagi aku dah tertunggu van Starex. Berdebar. Yang aku kenal boleh dikira dengan jari. Hanya Marsyi dan Zaid sahaja. Sampai sahaja van well aku ditegur ramah. Andy jugak ramah. Aku mati-mati dok ingat dia tu Chinese. Ampun ye andy. Sampai di Iskandari Dive Centre, persiapan equipment untuk diving dibuat terlebih dahulu. Macam biasa seperti yang aku lihat masa dengan Mermaid Dive Centre, Pattaya dulu. Cuma yang ini sangat leisure.

Perjalanan ke Payar dimulakan dengan menaiki bot dari Ampang Jajar jeti bersebelahan dengan sahaja dengan Restoren Jeragan dan Jambatan Ampang Jajar. Perjalanan kami lewat sedikit dimulakan gara-gara menunggu VIP. Puas jugak memikir siapa VIP tersebut. Rupanya KP Kedah. Ini bermakna dua bot ke sana. Dan bot kami bergerak terkemudian dari VVIP. Sepanjang perjalanan Marsyi aku lihat menahan mabuk laut. Nak gelak kesian pulak. Takut karang aku pulak yang mabuk laut. Zaid di sebelah mMarsyi bukan main menyakat. Belum apa dah mabuk. You know what? Sebenarnya mabuk laut Marsyi sekejap sahaja berpindah pulak pada Zaid. Lain kali sakat lagi Zaid. Kan dah mendapat. Sampai terganggu aktiviti Zaid bagi trip Payar ini. Kesian..Eh! Tak nak lah aku gelak kan mendapat plak untuk next trip.

1
Menunggu bot di jeti Ampang Jajar
2
Wajah-wajah mabuk laut

3

9

Pertama kali sampai ke Payar membuatkan aku teruja dan takut nak turun ke laut. Biasalah buah pemula. Memang jenuh diajak oleh Nisa (wife Fendy aka Kapten). Alasan aku “sekejap nak ambik mood dulu”. Sedangkan mengelat takut nak turun dalam sana. Selalu aku begitu. Ambik masa berbelas minit bila nak turun ke laut. Sebaik sahaja turun.. Alahai, macam tak mau naik pun ada. Suka tengok ikan-ikan cantik bebelang-belang, ikan paddle pop pun ada . Eh? WHAT?? Paddlepop?? (Nisa yang cakap Kapten!). Hakikatnya jenis-jenis ikan ni aku pun tak tahu yang mana. Yang aku tahu ikan keli, ikan semilang, ikan kembung, ikan bawal lagi? Apa yang ingin aku katakan sebenarnya, trip ni sangat best. Banyak info yang boleh dapat. Aku belajar sesuatu pada hari tersebut. CONFIDENT with yourself. Boleh diperkukuhkan dan dipernaiki lagi dengan attend class berenang. Hoorey.. Saya dah boleh mengapungkan diri tanpa menggunakan jaket keselamatan. Nampaknya signage yang bagus. Petanda untuk aku memasuki kelas berenang yang tertangguh dari awal tahun hari tu.

Baik sebenarnya tak nak cerita banyak. Layankan gambar yang tersedia. Yang nyata day trip ni sangat berpuas hati. Kapten yang tintong, gelagat Andy yang kalah retis (suka ambil gambar pelbagai gaya), keletah Nisa yang comel-comel itu, Suhaimi yang pendiam, Farah yang riuh dan ada sahaja lawak dia, Zulhelmi yang cool, Marsyi dan Zaid (dua orang ni tak payah la decsribe sebab aku dah kenal lama haha).

💌 KCF

4
Muka ketakutan sebenarnya hahaha…sempat lagi berposing. Kah!
7
See….ikan jinak jinak di tangan
6
Marsyi and me… muka kegembiraan snorkeling
10
Best!

5

8

 

3 thoughts on “Pulau Payar : Day Trip Yang Awesome!

    1. Hai lavender. Saya tak pasti ada ke tak bot kat situ. Ni saya join trip kawan. Ambil pakej snorkeling dengannnya yg kebetulan bawak geng diviing kat situ.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s