Haedong Yonggungsa & Busan Beach Menggamit Kenangan

Plan hari ini bergerak pula ke Busan setelah 3 hari meninjau Ulsan. Rasanya lebih tenang hari ni bersedia menghadap kesibukan Busan. Busan antara bandar yang menjadi tumpuan warga Malaysia jika ke Korea Selatan. Kepingin sekali nak bergerak di sana nanti keseorangan lebih pantas cepat tanpa ada gangguan mana mungkin aku datang berteman. Tepat jam 9.30 pagi bas mula menyelusuri Ulsan City perlahan demi perlahan meninggalkan Ulsan di belakang.

Hampir sejam perjalanan akhirnya tiba di Busan pada pukul 10.30 pagi. Check in awal di The Beach Pension Haeundae. Hotel ini berhampiran bas station dan Busan subway station. Nampaknya lokasi hotel sangat strategik. Tak jauh juga dari pantai rupanya. Hanya berjalan sejauh 600meter dah boleh jengah ke pantai. Usai check in aku terus bergerak menaiki bas ke Haedong Yonggungsa.

Untuk ke sana boleh diakses mengunakan bas bernombor 100 atau 181. Pilih lah yang mana satu mengikut kesesuaian masa yang ada. Peringatan untuk yang ingin menuju ke Yonggungsa. Kawasan ini berbukit. Masak juga kaki sewaktu melangkah ke tempat ni. Lenguh berjalan..baru sampai. Tapi kepenatan itu tidak terasa bila terpandangkan keindahan alam di depan mata. Aku tidak ambil masa yang lama untuk berada di sini kerana Haedong Yonggungsa merupakan kuil. Sementelah ada bacaan mentera berkumandang. Tak enak untuk berlama-lamaan, cukup sekadar menikmati alam sekeliling keindahan tepi laut menghadap lautan Jepun itu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Way to Haedong Yonggungsa Temple (해동 용궁사)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Temple by the sea. Di sini katanya terdapat Dewi Pengampun Buddha yang tinggal di laut, dan dipercayai jika menyeru namanya berulang kali akan membawa tuah

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Zodiac sign statue

Pagoda statue

13323437_1777852492451015_8691560660082073789_o_edited

Pelancong Korea tertarik dengan kepelikan kami bertudung lalu diajak bergambar

Usai menjengah Haedong Yonggungsa aku bergerak ke hotel semula. Rehat sekejap sebelum keluar semula menjengah Busan SEAlife Aquarium yang terletak tidak jauh dari hotel hanya 450meter untuk melihat keindahan hidupan akuatik. Enterance fee yang dikenakan di sini sebanyak 25 000 won. Puas jelajah aquarium, hampir sejam jugak akhirnya Pantai Haeundae aku jengah.

PSX_20170616_222711

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sotng kurita yang dibela di dalam aquarium

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Kreatif 3D art

Bersiar-siar di pantai menggamit rindu pada yang tersayang.. Abah mama dan adik-adik. Jauh di sini mengelamun menghadap laut sambil terkenang kenangan demi kenangan. Oh rindunya! Angin sejuk mencengkam jiwa aku abaikan sahaja sambil melihat merpati sejoli Korea beramah mesra di hadapan mata. Aduh.. Tiba tiba perasaan lain mencengkam jiwa!! Macam ada yang kosong di sebelah sahaja.

PSX_20170616_223301

Istana pasir di Haeudae Beach Busan

PSX_20170616_223125

Suasana petang di tepian pantai.

Hampir di segenap sudut kelihatan merpati sejoli. Ukiran pasir pantai yang lawa dan cantik sudah aku lewati satu demi satu di pantai ini. Sebenarnya aku ingin menghadap laut melayan hati lebih lama lagi tapi… .Hahaha. Jiwa betul kali ni kan ceh! Ah! Sudah. Yang nyata ngin pantai Haeundae sejuk mengcengkam dada. Dah nak balik bilik. Esok-esok pulak aku coret okay?

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s