Gamcheon Santorini Of The East

Oleh kerana penat otak penat fizikal semalam, aku terbangun lambat untuk hari ke 5 di Korea ini. Perjalanan pagi dimulakan pada pukul 9.00 pagi ke Gamcheon Culture Village. Cadangnya nak bergerak sendiri. Akhirnya berempat juga kami bergerak ke destinasi. Untuk ke kampung budaya tersebut aku menggunakan subway line 1 & 2. Tak susah sebenarnya. Tahu akses line berapa tahu mana exitnya, sampailah ke destinasi yang ingin kita tujui. Asalkan banyak membaca. Eh… Kata nak backpacker study lah route walau sedikit. Kan… Kat Malaysia kemain tahu jalan. Sedangkan di luar tak kan nak sesat arah tujuan? Pandai-pandai lah kan.

Oh ya! Sebelum terlupa apa yang aku perhatikan dalam subway rata-rata anak muda warga Korea memegang handset di tangan. Yang tua pula termenung berangan. Asyik sekali aku lihat. Paling ketara bila ada yang bersembang dengan suara yang kuat mereka memandang dengan berkerut di muka. Agaknya meluat? Aku yang kebetulan asyik melayan angan dan diam memerhati sana sini di cuit ahjumma bila rakan setravel bersembang dalam train bergelak ketawa. Segera aku khabarkan pada teman. Oh begini rupanya rakyat Korea. Kalau aku sekalipun, di Malaysia umpamanya naik tren, naik star lrt, naik komuter waima naik lain kenderaan awam sekalipun suka lagi melayan hati. Duduk tengok ragam sana sini. Aku pun tak senang kalau berbual tanpa peduli kanan dan kiri.

Baiklah sebaik sampai di stesen Geojeong (exit 6) aku segera mengambil bas Sakha1 untuk ke Gamcheon. Dalam asyik mengoogle maps, ahjumma yang kebetulan duduk di sebelah aku bertanyakan ke mana arah tuju. Bila dilihatnya aku ingin ke Gamcheon dia menawarkan khidmat tunjuk arah. Katanya dia juga mahu ke situ. Lucu memikirkan..walau dengan bahasa isyarat sesekali bahasa korea yang dituturkan apa yang disembang bukan satu halangan. Asal faham ja lah jawabnya. Sesekali dia memegang tudung aku. Agaknya hairan bila tengok aku berhijab. Aku cuba menerangkan. Lagaknya macam tutorial memakai hijab. Angguk je ahjumma tersebut.

Di Gamcheon Culture Village kami meredah naik turun bukit menyaksikan panorama umpama di Santorini. Hahaha berangan sungguh! Best! Hampir 3 jam meluangkan masa di culture village. Itupun tak sepenuhnya cover. Sesat satu hal lapar satu hal. Ditambah dengan kepenatan. Lawak bila diingat. Baiklah aku ceritakan sedikit tentang Gamcheon Culture Village. Sebenarnya kawasan ini adalah kawasan perumahan setinggan tepian bukit yang dibangunkan menjadi desa budaya. Kampung Budaya ini juga pernah dikenali sebagai perkampungan lego dek kerana bentuknya yang berkotak dan berwarna- warni. Terdapat banyak wall art yang menarik hasil kerja tangan anak desa. Sangat menarik!!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
The public art project. You can see art mural  and sculpture everywhere
P1010648_edited.jpg
The “Culture Garden”. Painted wooden fish is a joint project by artists Jin Young-sub and Park Kyung-seok and Gamcheon locals
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Comical pants flowers pot. Nampak lucu tetapi sangat kreatif.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Big wall art
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
NOSTALGIA by Park Eunseang. Yang ni visualization of Jeong Jiyong’s poem
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Becoming one with Gamcheon. Di sini aku sempat temuramah dengan penduduk tempatan yang bumbung rumahnya dijadikan spot untuk dapatkan gambar menarik.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Santorini of Korea or known as “Lego Village”. Berkotak-kotak

 

Shopping di Gwangbok Rambang Mata Jadinya

Puas jelajah Santorini Korea kami menuju ke Nampo stesen untuk ke Gwangbok Fashion & Art Street. Rambang mata jadinya. Di sini aku meluangkan masa membeli belah untuk adik-adik dan anak sedara tersayang. Untuk abah, Maaf abah. Kak sya tak jumpa lagi apa yang nak dibeli. Kat Malaysia lah.. Kak sya belikan baju raya sedondon untuk kita. Waktu di Gwangbok semasa jalan seorang diri tiba-tiba diserbu perasaan rindu pada abah bila lihat ahjussi Korea saling tak tumpah macam abah. Tapi ni versi mata sepet. Hampir 2 jam habiskan masa di sini. Membelek belek.. Yang mana berkenan di hati barulah dibeli. Semuanya untuk anak sedara dan adik sendiri. Tak banyak yang aku beli melihatkan harganya yang kadangkala tak masuk dek akal. MAHAL.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Dari Nampo Station Ke Gwangbok Fashion & Art Sreet

 

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s