Itinerary Korea Jejak Menjejak Negara Kimchi

Selesai sudah backpacker trip selama 7 hari. Yang nyata sesi trip kali ini banyak mengajar aku erti berdikari. I gain lots of experience in this trip. Yap..Really! Selama ini aku takut untuk travel dan bergerak sendiri, bila ada situasi yang kita tak mahu dan ingini tak tersangka rupanya kita mampu bergerak solo sebenarnya.

Sepanjang trip kita seringkali diuji berdepan dengan pelbagai situasi. Sesat jalan umpamanya..lagikan hidup orang bolehkan tersesat inikan pula JALAN. Usah hilang punca. Ada mulut tanyakan aja. Ada internet (jika ada) jalankan misi jejari anda. InsyaAllah ada jayanya.

Baiklah aku ingin berkongsi setiap spot yang aku lewati sepanjang trip ke Korea ini. Moga jadi panduan buat rakan jika ingin menerjah dengan kos yang rendah. Percayalah saya banyak menggunakan pengangkutan awam di sana. Ianya sangat efisyen, mudah dan pastinya lebih murah.

💠Daewangam Park, Ulsan

13335567_1776567722579492_3129490483950234623_n

Lebih dikenali sebagai Ulki Park terletak di sebalah Pantai Timur Ulsan. Pada tahun 2014, pulau batuan ini dinamakan semula sebagai Daewangam. Untuk menjejaki taman ini anda perlu trekking sepanjang 1 km meredahi hutan pokok pain, pohon ceri dan juga forthysia. Masuk ke taman ini adalah secara percuma tiada dikenakan sebarang bayaran. Jangan lepaskankan peluang untuk meninjau rumah api Ulgi yang kukuh berdiri dalam taman ini.

Pengangkutan awam : bas 401 dari Lotte Hotel Ulsan. Berhenti di perhentian Ihsan Beach. Berjalan hampir 1km untuk menjengah ke Daewangam Park.

💠 Jangsaengpo Whale Museum,Ulsan

Muzium paus ini merupakan muzium yang pertama terletak di Jangsaengpo, Nam- gu, Ulsan di Korea Selatan. Sebelum ini, ia merupakan kawasan pusat untuk industri penangkapan ikan paus di Korea. Selepas itu, ruang terbuka ini telah berubah menjadi sebuah muzium sejarah di mana anda boleh mempelajari segalanya mengenai ikan paus. Muzium ini juga memaparkan artifak penangkapan ikan paus yang telah diharamkan pada tahun 1986.

Pengangkutan awam : bas 246 berhenti di perhentian berhadapan dengan pengkalan tentera laut. Berjalan hampir 200 meter untuk sampai ke muzium ini. Jangan risau, muzium jelas kelihatan di pinggir jalan.

💠 Ulsan Grand Park

Taman ini merupakan taman terbesar di Korea Selatan. Pelbagai spot menarik disediakan disini antaranya Taman Botani, Zoo, Taman Rama-Rama, Zon Berbasikal, Memorial Park dan pelbagai lagi sesuai untuk riadah bersama keluarga. Di sini juga disediakan tempat untuk slide semasa winter. Memandangkan pergi semasa summer.. So tak dapatlah nak slide-slide bagai.

Pengangkutan awam : bas 216. Berhenti di perhentian Ulsan University Hospital. Berjalan sejauh 500 meter untuk sampai ke Ulsan Grand Park. Sebenarnya hospital bersebelahan sahaja dengan Grand Park ini.

💠 Ganjelgot Cape & Jinha Beach, Ulsan

Ganjelgot Cape merupakan salah satu destinasi popular terletak di di Seosaeng -myeon, Ulju, Ulsan. Merupakan spot tempat melihat matahari terbit. Sangat menarik! Dan juga dikatakan di sinilah tempat atau spot matahari terbit yang pertama muncul setiap hari di seluruh Korea Utara. Lanskap di sini sangat mengujakan pengunjung dengan rumah api yang terletak 20 minit dari pintu masuk, rumah kincir angin yang menghadap lautan Jepun, Mailbox gergasi.. Malah statue bak berada di negara eropah membuatkan diri terawang-awang dibuai angin. Superb!

Pengangkutan awam : bas 715. Berhenti betul-betul signboard ke Ganjelgot Gateway. Perlu menapak jalan hampir 600meter menuruni bukit.

💠 Haedong Yonggungsa, Busan

Haedong Yonggungsa merupakan sebuah kuil yang dibina pada tahun 1376. Uniknya kuil ini dibina berhampiran dengan pantai yang berbatu bukan kawasan pergunungan. Senang sekali melihat batuan di sini, bukan pada kuil sebenarnya. Juga dikatakan antara spot menarik menyaksikan matahari terbit. Terbit di ufuk timur!

Pengangkutan awam : bas 100 atau 181 dari Haeundae Beach. Perhentian Haedong Yonggung. Perlu berjalan kaki meredah bukit sejauh 1km untuk sampai ke kuil ini.

💠 Haeundae Beach, Busan

PSX_20170616_223301

Pantai sepanjang 1.5km ini merupakan pantai terkenal di Busan. Di sini sentiasa menjadi tumpuan pelancong kerana menjadi tempat berlangsungnya pelbagai acara kebudayaan dan festival sepanjang tahun. Kebetulan semasa berkunjung, terdapat ukiran pasir yang unik dibina oleh artis-artis ukiran pasir daripada pelbagai negara. Terlepas juga Festival Hawaii dek kerana menuju ke destinasi lain di Korea Selatan ini. Uwaa kalau tak dapat tengok orang gelek-gelek.

Pengangkutan awam : naik subway line 2 ke Haeundae Station. (sampai station akan ada bunyi burung-burung tepi pantai). Kemudian ambil Exit 3. Jalan terus untuk sampai ke pantai. Kebetulan aku stay di sini hanya perlu berjalan sejauh 450meter sahaja untuk tiba ke destinasi.

💠 Gamcheon Cultural Village

Desa budaya ini merupakan sebuah perkampungan setinggan pada asalnya. Dibangunkan menjadi sebuah kawasan pelancongan yang indah dengan pelbagai hasil seni menarik. Terdapat mural-mural cantik dan semua ini hasil kerja tangan anak desa yang kreatif. Kerajaan Busan telah membelanjakan sejumlah wang untuk project “Bermimpi Machu Pichu di Busan”. Dan hasilnya Gamcheon Cultural Village mampu menarik jutaan pelancong berkunjung di sini. Salute!👍

Pengangkutan awam : naik subway line 1 ke Geojeong Station. Ambil exit 6. Naik bas Sakha 1 atau Sakha 1-1 untuk ke Gamheon Cultural Village. Bas akan berhenti depan pintu masuk Gamcheon berhadapan Sakha Elementery School.

💠 Gwongbok Art & Shopping Street & Gwangbok Underground Shopping Centre.

Syurga beli belah bagi yang mampu. Ahaks. Terdapat beberapa spot disini yang menjadi tempat yang sesuai untuk yang suka bershopping. Layankan kaki layankan duit di poket untuk mendapatkan barang idaman anda dengan harga yang berpatutan.

Pengangkutan awam : Keluar Exit 1 Nampo-dong Station, Subway Line 1. Berjalan sejauh 70meter sepanjang shopping street ini.

💠 Oryukdo Skyways

PSX_20170617_021955

Oryukdo Skywalk adalah laluan berjalan kaki yang dibina dengan konsep ala-ala ‘berjalan ke atas langit’. Langit la sangat. Atas kaca ye. Macam kat Kuala Lumpur Skywalk tuh. Ia dibina di atas tebing tinggi dengan lantai telus yang membolehkan kita untuk menghadap lautan dan Kepulauan Oryukdo kira-kira 40 meter dari skyway ini.

Pengangkutan awam : Bas bernombor 27. Perhentian SK View Apartment.

💠 Taejongdae Park

Taejongdae adalah sebuah taman semula jadi di Busan , Korea Selatan dengan tebing indah menghadap ke laut terbuka di hujung selatan pulau Yeongdo -gu. Nama Taejongdae diambil sempena nama Raja Taejong Muyeol raja ke-29 ~ Silla Kingdom. Terdapat “Sinseon Rock” di bawah rumah api di Taejongdae Park. Kita juga dapat saksikan Pulau Tsushima milik Jepun dari balai cerap yang terdapat di sini.

Pengangkutan awam : Bas bernombor 27 dan 101.

Bagi yang ingin membaca lebih lanjut boleh klik  di bawah. Aku sertakan sekali itinerary. Dipersilakan download. 🙂

Jejak Menjejak Negara Kimchi Part 1
Jejak Menjejak Negara Kimchi Part 2
Jejak Menjejak Negara Kimchi Part 3
Jejak Menjejak Negara Kimchi Part 4
Jejak Menjejak Negara Kimchi Part 5
Jejak Menjejak Negara Kimchi Part 6

Screenshot (85)
Day 1
Screenshot (86)
Day 2
Screenshot (87)
Day 3
Screenshot (88)
Day 4 & Day 5
Screenshot (89)
Day 6 & Day 7

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s