Last Day in Koh Samui, Menjengah Hin Ta Hin Yai & Melewati Waterfall yang Mengecewakan

Sebenarnya hari ni tiada apa sangat yang kami lakukan. Paginya usai sarapan kami bergerak ke Hin Ta Hin Yai.

P1010987_edited.jpg
Welcome…
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Mother Nature indeed has a sense of humour!? This is Hin Ta
P1011004.JPG
And this is Hin Yai

Hin Ta dan Hin Yai merupakan pembentukan batu unik dan menarik yang terletak di selatan Koh Samui. Pembentukan batu-batu ini, dikenali sebagai Atuk (Ta) dan Nenek (Yai), dan kelihatan, masing-masing, seperti alat kelamin. Alang alang dah ada di Koh Samui kami menjengah ke pinggir pantai Lamai dan Hua Thanon itu. Alam itu indah..sebenarnya lebih indah kalau kita ketahui dan memahami kejadian alam. ANGIN, AIR dan OMBAK. Proses hakisan di pinggir pantai membentuk batuan tersebut demikian rupa. Bila memandang kejadian alam..walaupun sedikit lucah, aku lebih suka memerhati malah menilai dalam senyap.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
I love the scenery here!
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Been in Hin Ta Hin Yai

Seterusnya kami bergerak ke Namuang Safari & Waterfall. Kali ini dengan hasrat nak mencuba 4×4 off road untuk ke Namuang Waterfall. Walaupun pendek perjalanan nya.. Tetap puas hati berdegup kencang juga jantung terhantuk sana sini.. Rasanya ada pakej lagi yang lama masuk ke offroad lain. Tapi sediakan wang secukupnya ja lah.

P1011026.JPG
Sebelum keciwa menjengah. LOL. Keputusan menjengah waterfall tersalah. Waktu ini bukan lah sesuai untuk lihat air terjun di sini 

Waterfall disini bagi aku lah ye..dibandingkan dengan negara kita cantik lagi kot. Ada air yang sentiasa mengalir ke bawah. Kalau di pulau kecil yang ramai penduduk biasanya air itulah punca air tawar yang utama untuk kegunaan harian. So.. Bila dah tengok dari bawah air tidak mengalir dan kering kontang. Usahlah panjat gigih ke atas mcm aku. Yang ada haha air secoet je nanti.

Di Namuang aku lihat aliran air di bahagi kepada dua. Satu mengalir ikut aliran semula jadinya dan satu lagi untuk kolam buatan. Patut le tak ada air mengalir sangat kat laluan biasa sungai tu. Kering kontang ajo…

P9162184_edited.jpg
Kalau airnya dah secoet ini? senyum aje mengubat jiwa.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Menunggu dengan senyuman 4×4 jeep

 

Kuciwa dengan Namuang beralih kami ke Hin Lad Waterfall. Yang ini lagi parah. Haha kering kontang jugak. Bunyi air yang kuat hanya dengar melalui batang paip besar sahaja. Hampir tertipu dengan bunyi tersebut. Bukan pada aliran jeram/sungai yang biasa. Ya air diempang di atas untuk dialirkan bagi kegunaan penduduk Samui. Terlintas diminda.. Tak mustahil ini berlaku kerana sungai dan jeram merupakan bekalan air yang bersih buat mereka. No wonder la kan..air sungai dan jeram diempang, disalurkan pada penduduk untuk kegunaan domestik. Malah secara tak langsung potensi air untuk mengalir ke arah laluan semulajadinya kurang. Yang terganggu mungkin dari segi tarikan pelancongan kerana daya tarikan sudah berkurangan di situ. Inilah dikatakan indah khabar dari rupa. Bukan kemain tertipu dengan sepanduk di tepi jalan.

P1011035_edited.jpg
Tertipu jugak dengan sepanduk info di depan Hin Lad Waterfall. Alahai nasib.

Akhirnya semua sepakat jjcm di Muslim Village. Pekena makanan Thai.. Kengsom, kerabu mangga sedap dan pedas. Alahai sian perut.. Terkejut dengan masakan thai. Nasib aku jenis tahan pedas. Dan perut tidak meragam. Sambil makan ada seorang solo rider yang travel ke Thailand (dah dua minggu travel) datang menegur sapa. Ramah. Dan berkongsi cerita travel. Ini yang patut ada pada seorang traveller. Even jauh merantau sebelum ini..dia berkongsi cerita travel ke europe dlm usia muda. Keje bagus..tidak sombong dan bongkak dengan apa yang dia kecapi.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Muslim Village resort. Perkampungan Muslim di Koh Samui

 

Usai makan kami pulang ke hotel. Free and easy. Aku dan zaid memilih untuk pergi massage. Ada yang memilih untuk berehat, mandi pool dan bersiar tepi pantai.

Aktiviti malam, kami meluangkan masa ke Night Market di Fisherman’s Village. Rambang mata dibuatnya… Siap beli shawl, slipper dan dompet. Pada kawan-kawan yang minta dibelikan buah tangan, hakak mintak maaf ye. Hehe duit tak berkepuk cukup je nak beli untuk tuan punya diri. Maaf na. Order yang menggunakan air liur nampaknya kikiki tak dapatlah. Bukan tak ingat. Aku ingat..tapi belanja gambar pun dah memadai kan? Belanja juga tu! Siap sahaja berbelanja terus balik ke hotel. RINDU katil sebenarnya. Mengantuk amat. Esok dah nak balik Malaysia. Rasa tak puas sebenarnya bercuti. So.. End of the trip today. Perjalanan seharian balik Malaysia tentu memenatkan the wholeday!

P9162200_edited.jpg
Night Market in Fisherman’s Village
P9162198.JPG
Antara pengungjung yang menjengah ke Fisherman’s Village

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s