Intai Sejenak Forbidden City, Beijing

“Seribu impian indah menghias jiwa
Bagaikan permata,
Setinggi langit biru, mimpi kita
Abadi selamanya”

Impian aku beribu.. Alhamdulillah dalam beribu itu impian untuk jelajah Silk Road mula menampakkan jejaknya. Tepat jam 1.30 pagi aku menjejakkan kaki ke bumi Tiongkok Eh?! Tiongkok? Ya atau lebih dikenali sebagai People Republic of China. Dah terfikir tadi sampaikah aku? Risau sebenarnya bila menempuh air pocket yang lama.

Suhu di luar menunjukkan 1°c. Kami berehat di Terminal 2 sahaja sebelum mengambil keputusan untuk bergerak esoknya. Bila berkampung sebentar di Terminal 2, kelihatan ramai rakyat kita bercuti di Beijing. Masing-masing dengan route percutian sendiri.

Usai solat kami bergerak menaiki airport express ke Dongzhimen untuk ke Beijing Railway Station. Baiklah sebenarnya tak susah di sini kalau mahir dengan route Beijing subway. Download sahaja route offline. Insya Allah tak sesat. Usai tukar voucher dengan tiket train sepanjang yang sudah ditempah online kami bergerak ke Tiananmen Square dan Forbidden City. Waktu transit yang ada ini ada baiknya kami menjengah sekitar Beijing dahulu. Kami hanya sempat menjengah Forbidden City, tak terjengah sedikit pun Tiananmen yang hanya terletak bertentangan Kota Larangan tersebut. Sementelahan ramai pengunjung. Allah sesak juga rupanya percutian di musim sejuk. Rata-rata kebanyakkan warga PRC. Sesekali terserempak juga dengan warga Malaysia.

15317810_1865732796996317_2221946416970504311_n
Beijing Railway Station sewaktu fajar menyinsing. Suka tengok rekaan binaan bangunannya sangat tradisional.

Usai sahaja ke Forbidden City kami susur ke luar dari kota larangan tersebut menyusuri Zhongsan Park. Cantik juga. Dengan pepohon nan kering tiada berdaun. Diselangi pulak pokok yang berdaun berjuntai. Macam dalam istana lama.

Sedikit info tentang Forbidden City :

Kota Larangan adalah istana empayar China yang dibina sejak Dinasti Ming hingga akhir Dinasti Qing-dari tahun 1420 ke tahun 1912. Ia terletak di tengah-tengah Beijing, China, dan kini menempatkan Muzium Istana. Kota ini berfungsi sebagai istana Maharaja dan juga pusat istiadat dan pusat pentadbiran kerajaan China selama hampir 500 tahun.

15400488_1865732970329633_6327654758899324734_n
Pintu masuk ke Kota Larangan.
15390874_1865732930329637_9072879458069743698_n
Forbidden City
15380768_1865733030329627_8910654786619737995_n
Rekabentuk senibina china. Just tengok dari luar tak sempat nak masuk teroka lebih lama memandangkan masa yang ada hanya sekejap cuma.
15390799_1865733076996289_1368093630036809854_n
Ramai warga PRC mengambil peluang melihat bangunan bersejarah di negara mereka
15350438_1865733466996250_6523542529273558549_n
My model in the action. Laluan pejalan kaki keluar dari Forbidden City menghadap tasik. Penat berjalan? Jangan risau ada cart disediakan untuk anda yang ingin keluar ke jalan utama. 3yuan seorang ya.
15267851_1865733373662926_7353132598427014462_n
Zhongshan Park. Susur keluar ni sangat menyejukkan mata memandang. Terjaga kebersihannya. And i wonder how they control the tourist.. Ramai, sesak. AND one more tengok PRC behave dalam negara sendiri. Maybe sebab istana kot ye?

Tepat jam 3.15 petang kami menaiki train untuk ke Urumqi pula. Ketawa bila mengenangkan keletah masing-masing. Ingat tak aku pernah mengimpikan nak baca buku nak tulis travelog atas katil sleeper berth? Malangnya tinggal angan-angan. WHY? aku kena duduk katil atas yang mana kepala dan bumbung muat muat sahaja. Lenguh wei. Walau kecil saiz aku.. Macam tak muat aje nak duduk dengan tegak.

Makan malam kami berempat petang itu hanyalah bubur bilis segera dan sambal bilis. Sambil menikmati bubur.. Allah.. berlari sekejap ke tingkap berkali kali. Nak menangis rasa tengok pemandangan indah bukit bukau dengan sungai yang mula membeku. Sempat jugak aku berbicara dengan sorang uncle dari Urumqi. Namanya pun tak sempat aku tanya. Asah kembali bahasa Mandarin aku walaupun aku rasa so so sahaja. Haha jadilah labu. Dia pun faham aku pun faham. Berhabuk dah bahasa mandarin aku. Semput jugak susun ayat.

15350492_1865733666996230_5680092212553802804_n

Pada teman sekembara aku khabarkan.. Masih banyak lagi panorama yang akan disajikan sepanjang perjalanan ke Urumqi. Yaaa.. Tak sabar sebenarnya nak tengok panorama lain yg menggugat mata. Betullah pemandangan tersebut tak sempat dicapture oleh kamera melainkan mata sendiri melihat keindahan alam Yang Maha Esa. Syukur Alhamdulillah aku berpeluang melihat sendiri di depan mata

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s