Luas Pandangan Jauh Pengalaman Indahnya Pemandangan

“Luas pandangan jauh perjalanan
Bertambah pengetahuan pengalaman
Namun bahagia belum ku temui
Kiranya yang ku cari ada di sini”

Jauhnya perjalanan Beijing – Urumqi menggunakan keretapi kali ini. Perjalanan yang mengambil masa selama dua hari merupakan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Meskipun dua hari di atas keretapi perjalanan panjang ini tidaklah membosankan jika diisi dengan perkara yang menggembirakan dan menyenangkan hati. Aku lebih senang mencoret secara maya sekejapan melayan rakan berbual malah bersembang dengan Uncle yang sering tampak teruja bila aku berbahasa Mandarin. Sesekali diselang seli dengan melayan panorama yang menyejukkan mata di sebalik jendela keretapi. Secara jujur jikalau tanya mengapa saban tahun aku ke China jawapannya hanya ‘entah’. Sebab apa.. Anda perlu saksikan dulu kepelbagaian geografi fizikal di sini. Itu sebabnya saya jatuh hati .

Baiklah berkisarkan pada scenary sepanjang perjalanan panjang dalam train. Jika dari Beijing ke Urumqi akan ada dua line yang digunakan iaitu Line pink (memasuki Nei Mongol) dan green line~Xinjiang Line (rujuk gambar). Bermula dari Beijing ke Zhangjiakou kita dapat saksikan bukit berbatu merah beserta sungai yang mengalir yang aku kira reservoir(waktu ini mula air sungai mula membeku). Aku dan teman-teman sanggup hunting view. Set jam..shoot. Sebelah kanan dari kejauhan dapat dilihat kincir angin bagi generate wind power. Sayangnya gambar tidak mampu untuk diambil.

chinarail

Seawal jam 6.30 pagi tadi sebaik sahaja melewati Ningxia Autonomous Region kami dapat menyaksikan matahari terbit disebalik masjid yang terletak di pinggir rel keretapi. Cantiknya. Dan dua jam kemudian sewaktu melewati Zhongwei yang ku kira hampir melewati daerah Gansu. Kelihatan gunung dan dataran yang tandus. Dah mula menampakkan ciri ciri padang pasir dah nampaknya. Superb view! Segalanya nampak tandus dan kering. Seperti hati aku sekarang! Sambil memerhati view aku lebih senang diam diri melayan jiwa menunggu charger yang belum penuh sebenarnya.

Sebuah masjid di pinggir laluan keretapi di Ningxia ketika fajar mula menampakkan dirinya

Jam 11.30 pagi view gurun mula kelihatan. Dah macam filem Tracks (kisah traveller rentas gurun Gibson West Australia) lagaknya. Mula dah aku berangan sendirian. Aku hanya sempat cas bateri beberapa peratus sahaja sebelum diarahkan kembali mengecas di gerabak sendiri. Sepanjang dalam keretapi ini ada staff Chinese ni asyik marked je aku. Aduh! Ini mungkin gara-gara tunggu bateri penuh malam semalam lah ni. Balik ke gerabak, ramai yang mengecas handset masing-masing tak ada ruang.. Aku ambil keputusan untuk lena.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
gurun berpasir mula kelihatan  sebaik sahaja memasuki Daerah Gansu

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Jam 3.00 petang aku bangun semula sebab kelaparan. Entah kenapa petang ni Auntie dan Uncle rancak berbicara sementelahan hanya aku berbahasa Mandarin walaupun tak fasih tapi masih mampu sembang-sembang sambil melayan view. Jenuh jugak jadi translator yang tak bertauliah ni. Ya.. Pemandangan sepanjang dari awal pagi tadi hingga ke senja sangat menakjubkan! Dari padang pasir hinggalah snow capped mountain. Subhanallah sangat cantik.

Psst ~ kalau naik train China sila bawa plug single slot aje tau.. Yang boleh bubuh slot in banyak banyak tu atau extension plug tidak dibenarkan ye! Satu soket yang disediakan hanya boleh mengecas satu phone sahaja.

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s