Tourism Nadi Bandar Dunhuang

Setelah dua jam menaiki keretapi laju dari Urumqi ke Liuyuan-nan dan menempuh dua jam perjalanan menaiki kereta merentasi padang pasir akhirnya kami tiba di Dunhuang.

Dunhuang adalah bandar pelancongan utama di China. Keindahan alam yang luar biasa sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Dunhuang merupakan The Pearl of the Silk Road. Segala keindahan alam terbentang unik sementelah di daerah ni terletaknya dua tourist attractions yang terkenal iaitu padang pasir Mingsha dan Kolam Mata Air di tengah gurun selain Jade Pass dan Yadan Landform.

Ketibaan kami semalam disambut oleh driver Richard. Driver Richard tidak fasih berbahasa Inggeris menyebabkab kami kurang bersembang sepanjang perjalanan. Richard, tour guide kami di sini orangnya tidaklah muda. Macam ayah-ayah sahaja dan merupakan penduduk tempatan di sini.

Oleh kerana tiba di Xinlong Hotel Dunhuang sudahpun malam, dengan petunjuk arah oleh Richard kami bergegas ambil keputusan untuk letak beg dan mencari makan. Tak susah rupanya kerana muslim street hanya beberapa ratus meter dari hotel. Nantikan entry pengembaraan saya seterusnya lebih mencabar merentasi Gurun Gobi di Dunhuang ini.

💌 KCF

PC110311_edited.jpg
Ketibaan di Liuyuan-nan di sajikan dengan padang pasir diseliputi salji
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Panorama di gurun pasir sepanjang menuju ke Dunhuang. Kelihatan tompok-tompok rumput mula kekeringan
Bila senja mula melabuhkan sayapnya di gurun berpasir. Sungguh indah ciptaan Allah
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Gunung berpasir masih kelihatan di sebalik kelamnya malam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s