Kisah Lagenda Cinta Yunnan

Selamat petang/malam Malaysia… Aku menjejak lagi Yunnan buat sekian kalinya. Alhamdulillah. Dah ada di Stesen Keretapi Kunming. Kali ni tak macam 2014 main redah je dulunya dah jadi teratur sebab prepare beli tiket dari awal secara online. Thanks adik sado sebab beli tiket. Okay… Cepat buka mata luas-luas harap yang sepet, putih serlah dok renyih depan mata!

Tahun 2014, aku pernah jengah Stone Forest – Hutan-hutan batu di mana dikatakan lagenda cinta Ashima pada Ahei ribuan tahun terpatri di situ. Nak bercuti ke nak bercinta ni Feesya?! Opps.. Sebelum hampiri arah dituju aku biasanya diselidiki satu persatu. Baiklah. Pernah tengok filem “Haji Backpackers”? Pernah layan filem indonesia “Assalamualaikum Beijing”? Nah kalau anda pencinta filem tersebut rasanya anda mesti tahu babak yang dimainkan memerihal tentang lagenda cinta Ashima dan Ahei itu :

“Di sebuah desa di daerah Yunnan, tinggallah gadis yg cantik jelita, bernama Ashima. Dia tidak hanya cantik, tetapi juga memiliki keindahan hati yang luar biasa. Ashima jatuh cinta kepada Ahei, lelaki sederhana yang tinggal jauh di desa. Namun anak kepala suku yang bernama Achin berusaha menggoyahkan perasaan cinta Ashima kepada Ahei. Tapi Ashima tidak goyah sedikitpun. Hal ini membuat Achin marah. Dan dia menculik Ashima. Achin lalu membuat banjir besar, yang menenggelamkan seluruh desa.

Ahei berusaha mencari Ashima. Tapi Ashima sudah menjadi patung batu. Sejak saat itu, setiap kali Ahei merindukan Ashima, dia akan mendatangi patung tersebut dan berbicara dengan patung Ashima. Yang ada hanya gema.. dan gema itu adalah bisikan cinta dari Ashima kepada Ahei. Dan ini cukup untuk menjaga kesetiaan Ahei pada cintanya. Selamanya. “

*petikan dari filem Assalamualaikum Beijing!

Yunnan, antara tempat yang terkenal dek lagenda cinta lama. Kisah cinta dulu-dulu orang kata. Selain Ashima dan Ahei, mitos si gunung tinggi Yulong Mountain atau lebih dikenali sebagai “Jade Dragon Snow Mountain” juga ada kisahnya tersendiri. Menurut lagenda etnik Naxi, Gunung Yulong merupakan saksi cinta si muda mudi.

Andai restu ibu bapa sukar perolehi inilah saksi cinta dipateri. Si muda mudi yang sukar mendapat restu tadi akan menggadai nyawa terjun gunung bersama-sama pasangan mereka. Sebaik sinar mentari pagi melimpahkan cahaya, ketika itulah si teruna dara lompat terjun bersama-sama. Katanya… jika tidak ditakdirkan bersama di dunia lebih baik mati berdua kelak ke syurga seiring bergandingan berdua. Ouch! Sebegitu sekali korban cinta.

Sebenarnya banyak lagi kisah mitos cinta yang ada dikaitkan dengan tempat menarik di sana. Tak mampu untuk aku coret terlalu terperinci. Aku rasa kena jengah dulu teroka dulu ambik feel orang kata. Untung untung boleh jumpa jodoh orang Yunnan, CHINA kan? Okay betulkan dan pasang niat nak cari jodoh ketika kembara. Untung-untung dapat kan?? Haha! Berangannya! Mau pak Salleh freeze aku dari travel nanti. Kihkih.

Last time aku jengah Yunnan ni tak sempat cover Shangri-la, so route kali ni dari KUNMING SHANGRI-LA LIJIANG DALI KUNMING. Well nak bukak mata luas-luas ni. Jodoh banyak melintas pulak kali ni. Akhir sekali pegang kejap-kejap kata-kata ni:

“jika kau tak menemukan cinta, biar cinta menemukan mu!”

Mata sepet oo si mata sepet cepat muncul lekas. Tak dak mata biru mata sepet pun okay gak kan?-Renyih sampai ke telinga- Eh!

💌 KCF

17388831_1916630835239846_3996779040734403998_o
Kujejak Yunnan kali kedua 🚞🚅
17388877_1916631061906490_8591721555241462315_o
Okay.. Pukul 8.55pm jap lg kita naik train
17353340_1916630518573211_6406408810767883172_n
Di sinilah letaknya Yunnan, China
392288
Lagenda Ashima dan Ahei. Patung Ashima yg terdapat di Stones Forest, Kunming

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s