Tiger Leaping Gorge antara Ngarai Terdalam Di Dunia

Semalaman atas train Kunming -Lijiang akhirnya tepat jam 6.00 pagi aku tiba di Lijiang Railway Station. Wah.. Terubatnya rindu balik kampung. Perjalanan pagi ini ke Tiger Leaping Gorge (TLG) menggunakan bas. Bas ini ditempah tiketnya oleh hostel yang aku akan menginap bila di Lijiang nanti. Lebih senang sebenarnya meminta bantuan hostel menempah tiket bas khas direct ke TLG bagi mengelakkan masalah kerana aku tiba di sini awal pagi. Takut juga tergagau mencari bas.  Sejurus tiba di Lijiang aku bersama rakan terus ambil teksi ke IYH (International Youth Hostel) untuk dapatkan tiket. Lama juga tunggu 7.30 pagi baru IYH beroperasi, barulah dituntut tiketnya.

Jom kita kenali dahulu TLG ini. Tiger Leaping Gorge dikenali sebagai Hutiao Xia adalah sebuah gaung atau ngarai di Sungai Jinsha (Yangtze River). Ngarai ini antara ngarai yang terdalam di dunia. Kedudukan TLG terletak bersempadan antara Shangri-La County (left bank) dan Lijiang County (right bank). Ngarai ini berkedalaman maksimum kira-kira 3,790 meter (12.434 kaki) dari sungai ke puncak gunung dan merupakan sebahagian dari Three Parallel Rivers of Yunnan Protected Areas World Heritage Site.

Penduduk sekitar ngarai ini adalah dari Etnik Naxi asli, yang menyara kehidupan mereka dengan pengeluaran hasil bijirin dan sayuran dan juga di dalam bidang pelancongan.

Untuk pengetahuan semua, TGL diapit oleh dua pergunungan iaitu Haba Snow Mountain dan Yu Long Snow Mountain dan mempunyai tiga bahagian iaitu lower, middle dan upper. Aku menginap kat lower section of TLG iaitu di Sean GH. Di setiap bahagian di TLG ini mempunyai tempat menariknya tersendiri.

Baik… berbalik pengalaman perjalanan ke sini, Subhanallah. Damai di hati. Terkesima melihat! Shigu Town yang sebelum ni aku share di Fb letaknya First Bend of Yangtze River sempat aku lihat tanpa sempat aku rakamkan. Tak teringat nak rakam. Asyik sungguh walau pemandangan tersebut dari dalam bas. Perjalanan masuk ke kawasan TLG sangat mengagumkan. Dengan diapit dua gunung kelihatan Yangtze River nun jauh ke bawah. Gayat dan jalan pula sangat sempit. Risau jatuh gaung sahaja.

Petangnya aku sempat menjengah Lower Gorge dari Sean GH. Meniti kampung (rumah penduduk tempatan), ladang sayur dan tali air. Trekking ke bawah. Serius penat tapi berbaloi.

17349953_1917112021858394_5597354921215564043_o
Ladang sayur dan gandum milik kaun Naxi asli
17388936_1917112198525043_2686307369523330460_o
Trek berturap. Sekerat je trek berturap sekeliling ladang ini. Ke depan lagi dah offtrek. Jalan denai

Tercicir Camera TG. Hampanya Hati!

Aku ingin menuju lebih dekat dengan ngarai dan Yangtze River namun cuaca pula menunjukkan petanda hujan bakal tiba. Rupanya…. Argh! Memang aku simpan kenangan tak terhingga di sini. Terpahat kukuh di dalam hati. Inilah dikata cinta tak ketepi di sini. Tercicir pula camera yang menyimpan semua gambar kenangan sepanjang meniti ke bawah. Bukan hak milik aku lagi kamera tersebut. Sedih memang sedih. Sampai aku sanggup menjengah ke bawah semula dalam hujan renyai-renyai namun hampa. Its okay. Hati dipujuk. Hiking semula ke atas dengan sebak dan sesal di dada katakan pada diri sendiri bukan rezeki aku. Terpujuk seketika. Namun sebaliknya kecewa mengatasi segalanya disebabkan kecuaian sendiri bila berada di depan GH. Haii.. Sampai tertidur aku dibuatnya lewat petang tadi memujuk hati.

Sekarang dah boleh positifkan diri. Thanks rakan-rakan yang bagi kata-kata positif. Esoklah pula saya share trekking dan hiking saya ke middle gorge pula. Nak lena sebab nak gain balik tenaga fizikal mental esok.  Middle Gorge a little bit tough than lower. Nak lepak di luar gelita amat. Oh ya terlupa nak khabarkan. Mac merupakan off season di sini. Haa bayangkan jugak bila duduk GH sunyi sepi. Ok dah itu aje.

:: gambar selfie dah takde. Hayati lah pemandangan dr kamera yg satu ini. Jadilah. Syukur masih punya satu kamera lagi

💌 KCF

17388926_1917112778524985_2409303464658428203_o
Aliran sungai yg rapid. Dari atas dah dengar irama air mengalir

17390418_1917112661858330_2658077423277767158_o

17309974_1917112418525021_4938130115575983847_o
Ngarai dari kejauhan
cropped-18698398_1952719388297657_4940266355107215918_n.jpg
satu-satunya gambar dapat diabadikan sebelum kamera tercicir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s