Trekking di Pagi Hari : Middle Section of Tiger Leaping Gorge

Alhamdullillah tercapai juga nak trekking and hiking ke Middle Gorge pagi ni. Usai solat subuh.. Lepas jamah sedikit makanan aku dan zaid dah bersiap sedia nak melangkah. Semalam bukan main dok bincang masa makan nak ke Middle Gorge dengan kereta la apa la.. Last dengan kaki jugak melangkah 6.4km pergi balik plus dengan 4km return trekking ke middle gorge. Nak tercabut lutut jugak. Sebenarnya di sini ada banyak route yang disediakan oleh local farm dan dikenakan bayaran RMB 5-10 per person. Perjalanan ke middle gorge tak memenatkan tambahan pula dengan irama alam. Subhanallah. Cantik, tenang dan mendamaikan. Jauh.. Jauh dari segala kesibukan. Sambil berjalan aku memikirkan andai rezeki semalam sudah menjadi milik org lain.. Murahkan rezeki aku pada sisi yang lain. Mudahkan jugak urusan seharian abah dan adik-adik. Bak dikata doa masa mengembara insya allah akan dimakbulkan olehNYA.

17390383_1917386855164244_5728199458615989260_o

Suasana pagi hari ni TLG

17388934_1917386915164238_3021694164678454045_o

Kelihatan Haba Snow Mt. kemerah merahan disinari cahaya matahari di waktu pagi

Okay… Sedikit info tentang Middle Gorge. This section actually is located at the end point of the high path hiking. It is also where the Tina’s Guest House is located. Aku tak ambil route tepi Tina’s GH. Ambil 1 kilometer sebelum Tina’s GH (dari arah lower section). Untuk ke sini ada dua route pilihlah yang mana ikut kemampuan. Tapi ketahuilah dua dua laluan memang mencabar dan berbahaya jika salah langkah. Menuruni cerun dan batu-batuan.

17388999_1917387118497551_4386762226792357843_o

17358612_1917387035164226_4991225377803379601_o

Go down from here 10 mins. Hampir 10-15 minit juga sebenarnya. depends on your fitnes.

17389167_1917387361830860_5024843524179479108_o

Merentasi route yang dijaga baik oleh penduduk sekitar.

Hati berbunga-bunga tengok ngarai terdalam ni dari arah yang dekat. Sebenarnya boleh turun lagi tapi jalannya harus diambil di sebelah Tina’s GH. Sambil berteleku dari atas batu, tak berkedip mata memandang TLG ini. Nikmat kesihatan (walau hakikatnya aku bknlah seorang yg sihat, tapi syukur), nikmat mata.. nikmat tenang. Syukur sangat dapat tengok dengan mata kepala sendiri. Aku tak ambil masa yang lama dekat jurang. Tambahan pula angin bertiup kuat. Rasa nak melayang aja badan ni.Cepat-cepat aku berlindung sebalik batu. Kuatnya angin sehingga kulit tangan menjadi merah-merah. Tapak tangan pula rasa membeku. Tapi nyaman.

17390603_1917387611830835_1848236859023812506_o

Angin di sini bertiup kuat.  Senyum dalam kepuasan apabila dapat menjejak kaki ke TLG

17358653_1917387431830853_838144285678670765_o

Di sebalik batuan sebelah sana, ada jalan yang lebih mencabar dan curam.

17359338_1917387525164177_4935967601139421059_o

Pemandangan dari sisi atas

Sejam duduk berteleku sambil jari jemari ligat menekan butang capture. Masing-masing asyik dengan kamera. Oh ya.. Pernah juga aku share jambatan yang berada di tengah TLG dlu kan? Dari atas jelas kelihatan. Usai semua, langkah di atur menuju ke atas. Dugaan jugak nak naik pabila meniti batuan dan Alhamdullih I’m done the activity. Hiking and trekking di antara top 5 China spot trekking route. Orang buat Upper Section (tourist attraction) tapi nampaknya jiwa aku lebih memilih lain dari yang lain. Adventure lebih memikat hati rupanya.

Sekian dulu.. Pukul 3.00 petang nanti dah nak gerak semula ke Lijiang. So malam ni masih lagi aktiviti hiking. Eh iyer ker?? Okay ke mana kita? Tunggu.

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s