Seharian Melewati Di Kaki Gunung Salji Jade Dragon

Dua kali menjengah ke Lijiang.. Aku tak pernah sekalipun naik ke Jade Dragon Snow Mountain (JDSM). Tak teruja ke? Entah. Actually aku risau simptom AMS. Sampai sebegitu sekali. Kali kedua plan aku hanya tertumpu pada sekitar JDSM. Nak ke sini tak perlu dah guna tour bagai kalau nak jimat. Naik bas (sebenarnya van) bernombor 7 di hadapan Hongtaiyang Square. Bayaran masuk ke JDSM adalah sebanyak 130¥.

Van ke JDSM bernombor 7 sedia menanti di hadapan Hongtaiyang Square

Hongtaiyang Square

Ada banyak scenic park kat dalam JDSM ini. Antaranya Ganhaizi (Glacier Park), Yunshanping (Spruce Meadow), Maoniuping ( Yak Meadow), Blue Moon Valley dan lain -lain lagi. Semua tempat ini termasuk dalam bayaran tersebut kecuali electric cart dan ropeway (cable car). Jom kenali dua tempat yang aku kunjungi.

Yunshanping – A place for Lover die for Their Loves

Turut dinamakan sebagai ‘Splendid Vale’, Yunshanping adalah padang rumput yang besar tersembunyi di sebalik hutan yang terletak di kaki gunung Jade Dragon Snow Mountain, (JDSM). Tempat ini berada di ketinggian 3240meter. Kena naik cable car tau nak ke sini.

Tatkala berdiri di atas pelantar berdekatan padang rumput ini.. mata menatap penuh syahdu luasnya padang rumput yang tampak kekuningan. Kelihatan tenang dan cantik sekali dengan di belakangnya disajikan pemandangan JDSM diselaputi salji dari jarak yang dekat. Untuk pengetahuan semua, setiap tahun rupa padang rumput ini bertukar wajah apabila musim bunga, panas, sejuk dan luruh silih berganti. Hanya JDSM kekal dengan salji sepanjang tahun. Sesekali di satu sudut kelihatan juga yak dan kambing berkeliaran meragut rumput di hutan-hutan berdekatan padang nan luas ini. Terkejut jugak aku melihat gelagat kambing gunung di sini. Liar. Tidak takut pada pengunjung malah rakus menghampiri jika di tangan kita ada makanan. Korang ingat kambing gurun makan rumput aje? Haha idak le. Demand. Roti bagai kot.

Yunshanping atau dalam bahasa Naxi bermaksud “place for love die for their loves”. Really?? Ya itulah hakikatnya. Menurut hikayat lama Dongba (Lubanlurou), menceritakan perihal sepasang kekasih sanggup mati demi kekasih hati. Segala pancaroba ditempuh sehinggalah ke Yunshanping JDSM ini. Ah.. Kalut! Aku tak nak ulas pasal kekasih.. kasih hati… perasaan. Hmm sejenak otak terfikirkan tentang lagu yang pernah didownload “lari ke Lijiang City bersama Kekasih Hati”. Apa kaitan? Ye kaitannya kat sini sepanjang aku ambik gambar, menatap pemandangan JDSM yang memukau itu, mata aku tak terkecuali memandang gelagat pasangan yang berkunjung di sini. You know what? Tua ka muda ka, aduh romantisnya. Si lelaki tua, manakala perempuannya muda amat. Si lelaki kurang sikit rupanya tetapi si wanita mak aih persis model lagaknya. Terkebil-kebil aku memandang. Bukan keindahan alam sahaja tetapi otak ligat mengaitkan dengan apa yang aku baca dan apa yang aku lihat dengan mata aku sendiri. Konflik betui aku ni. Suka fikir macam-macam.

17434646_1918253728410890_7932113754915944814_o

JDSM dari arah yang dekat

17390563_1918253835077546_3426355458181593656_o

Yunshanping plank road

17310093_1918254061744190_4277285432422757099_o

Segar mata memandang hutan gunung.

17218698_1918254158410847_8964544310731672923_o

Opsss salji di tengah padang yang kuning kering

17359458_1918254321744164_5244660679798727283_o

Haaaa… Ni pasangan suami isteri. Uncle ni siap baring cantik aje untuk ambil pose isterinya. Sambil menceceh suruh isteri pose gitu gini. Sweet kan???

17349638_1918254235077506_6471625717099673543_o

I’m here. Place a lover die for their loves. Nampak gunung sinun? Yang tu ikut lagenda Lubanlurou diorang terjun dari gunung hadap padang ni. Huhu.. Haish bunuh diri kenapa la.. Baik idup atas lembah ni kan??? Santek kot.

Birunya Air Sungai Di Blue Moon Valley 

Usai memgunjungi Yunshanping arah tuju seterusnya ialah untuk melihat air sungai yang berwarna kebiruan di Blue Moon Valley.

Blue Moon Valley (BMV) terletak berdekatan dengan Yunshanping hanya perlu menaiki shuttle bas yang disediakan. Sebut sahaja Blue Moon Valley, nah.. mestilah terkenal dengan sungainya, Baishui River. Untuk pengetahuan semua, sungai di sini airnya tidak boleh diminum tau kerana mengandungi ion tembaga.

Air sungai di sini jelas tampak biru turquoise. Lembahnya pula berbentuk bulan sabit. Tapi sayangnya air tak banyak. Tak nampak pula memenuhi kolam berbentuk bulan sabit yang banyak-banyak seperti yang aku lihat dalam internet. Maybe ais di atas gunung belum mencair agaknya.
Punca utama air sungai ini datangnya dari salji yang mencair dari pergunungan JDSM yang nampak jelas dari lembah ini. Terasa jatuh cinta memandang BMV.

17434738_1918254398410823_2047926000516995406_o

Blue Moon Valley menghadap gunung JDSM

17310110_1918254481744148_3324739719239246680_o

Sempat menikmati coffee dan cappucino sambil melayani pemandangan indah

Air membiru di BMV manakala di kejauhan JDSM diselimuti putih salju

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s