Menjelajah Ke Kota Kuno Sekitar Lijiang

Dua hari jamu mata dengan view yang mengancam, hari ni aku hanya berlegar-legar di sekitar Lijiang sahaja. Pagi tadi bumi Lijiang disimbahi hujan renyai. Walaupun hujan sempat juga menjengah beberapa tempat menarik sekitarnya.

 Kota Lijiang dari Puncak Lion Hill Park.

Aku terpanggil nak menjejak tempat ni setelah terbaca travelog seseorang. Tak ingat dah siapa pemiliknya.  Baik.. Antara tempat menarik untuk saksikan Kota Lijiang secara keseluruhan ialah dengan mendaki hingga ke puncak Lion Hill. Sebenarnya atas puncak ini juga kita dapat saksikan matahari terbit dan terbenam dengan pemandangan yang memukau berlatar belakangkan Jade Dragon Snow Mountain dari kejauhan.

17389217_1918737205029209_5189376024777300233_o

Menuju ke puncak Lion Hill. Jalannya berturap elok.

17390713_1918739188362344_7661637733691297209_o

Uniknya senibina bumbung di Kota Lijiang

17390560_1918738938362369_6756120335577765793_o

Wangu Tower

17436320_1918739295029000_3405857120750614363_o

The panorama of Mu’s Residence from Wangu Tower

 Mu Residence Istana Pemerintah Tempatan

Usai melihat pemandangan sekitar Lijiang dari puncak Lion Hill, aku menyelusuri ke bawah melewati Mufu. Mu Residence (Mufu) adalah sebuah kediaman rasmi keluarga Mu iaitu pemerintah tempatan pada zaman purba yang terletak di sebelah barat daya dari Kota Lijiang. Bangunan Mufu dibina pada zaman dinasti Ming (1368 hingga 1644), dan Qing (1644 hingga 1911). Mufu berfungsi sebagai pusat politik, kekuasaan dan kekayaan bagi etnik Naxi kuno. Dikatakan hampir 100 bangunan telah dibina pada zaman kegemilangan Mu sehingga menjadi ‘jantung’ kota purba ini. Selain itu kota kuno ini diibaratkan sebagai miniatur Kota Terlarang di barat laut China.

Di dalam Mufu ini juga banyak bilik-bilik atau ruang pameran. Aku sempat menjengah masuk ke satu ruang yang memaparkan pakaian orang-orang berada dahulu kala. Malah di satu sudut juga terdapat banting yang menunjukkan Mufu pernah menjadi lokasi beberapa filem pengambaran.

Sewaktu nak mencari jalan keluar dari Mufu.. Sempat juga terlihat Dancing and Singing show kaum Naxi. Jadilah walau sekejap cuma, kan.

17310357_1918738031695793_3913747836234273041_o

Salah satu halaman Mu’s Residence

17311012_1918739701695626_8582216113242498009_o

Berangan umpama permaisuri raja. Waktu ni bunga baru mula nak berkembang.

17434566_1918740385028891_3854447420867196438_o

Naxi Dance Show. Kebanyakan penari adalah warga tua. Langkah tarian mereka kemas, teratur dan  gemelai.

 Kota Kuno Lijiang Warisan Etnik Naxi

Baik.. Di Lijiang sebenarnya ada dua kota lama. Satu Lijiang Ancient Town (Dayan Town) dan satu lagi ialah Shuhe Ancient Town. Lijiang Old Town dahulunya merupakan sebuah bandar purba Naxi dan kini ianya masih dipelihara dan dijaga dengan baik. Lijiang Old Town ini dibina pada tahun 811, telah disenaraikan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1997.

Apa yang menarik di Lijiang Old Town, senibina di seluruh bandar sedikit berbeza dari tempat lain di China kerana bangunannya lebih mencerminkan gaya Naxi tempatan. Senibina etnik Naxi kebanyakkannya dipengaruhi oleh etnik lain iaitu Han, Bai mahupun Tibet. Oh ya! Apa yang ketara kota kuno ini tiada gerbang yang dibina di sekelilingnya berbanding dengan kota lain di China seperti di Xi’an yang pernah aku jengah tahun lepas.

Sewaktu melewati Lijiang Old Town ini hujan masih lagi renyai-renyai. Nak duduk lebih lama sebenarnya tetapi disebabkan hujan aku cepat-cepat teruskan perjalanan ke bus stop untuk ke Shuhe Anciet Town pula.

17358790_1918740058362257_6632825275211541132_o

17390677_1918740211695575_2717151616095220324_o

Kincir Air yang terdapat di Lijiang

 Lijiang Shuhe Ancient Town Petempatan Terawal di Lijiang

Shuhe Ancient Town terletak kira-kira 4 km sebelah barat laut dari Lijiang Old Town. Shuhe sebenarnya merupakan penempatan terawal etnik Naxi. Kota Kuno Shuhe telah dibina seribu tahun yang lalu sebagai pos terpenting dalam laluan perdagangan teh. Sempat juga aku beli teh di sini. 江雪茶苦后甜 maksudnya teh Jiang Xue pahit manis. Balik Malaysia kita minum cha ye.

Sebut tentang Shuhe, dalam bahasa Naxi bermaksud “sebuah perkampungan di kaki gunung”. Ya.. Memang pun tepi gunung. Gunung Longuan dan Gunung Jubao. Jika dibandingkan dengan Lijiang Ancient Town apa yang aku lihat di sini lebih tenang dan kurang menjadi tumpuan pelancong. Tak terlalu sesak sangat.

Antara tempat menarik yang boleh dilawati di sini termasuklah Qinlong Bridge, Sifang Street dan Tea Horse Muzeum. Oh ya.. Untuk pengetahuan semua Shuhe Ancient Town merupakan pitstop/persinggahan bagi jalan perdagangan teh-kuda. Untuk entry Tea Horse Road ini, nanti ada masa lapang aku kongsikan.

17545431_1927211260848470_8965692194956925262_o

Shuhe Town is an important stop along the Ancient Tea Horse Road

17434718_1918740628362200_3965304449126165746_o

Suasana di Shuhe Town lebih tenang dan damai

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s