Dua Hari Bertamu Di Dali Ancient Town & Erhai Lake

🌼🌼Hari Pertama🌼🌼

Bait lagu-lagu masih berkumandang lagi di telinga. Berkali-kali sewaktu travel aku putarkan lagu tersebut yang memaparkan keindahan Dali melalui sport mp3 yang juga buatan China. Ya.. Di sinilah terletaknya Tasik Erhai dan teguhnya berdiri Changshan Mountain. Lijiang Old Town telah aku tinggalkan seawal pagi dengan menaiki keretapi. Perjalanan dari Lijiang ke Dali sungguh mempesona jiwa dan raga. Dua jam perjalanan tidak terasa dek kerana mata dan hati teruja melihat keindahan di luar jendela. Dua hari di Dali hanyalah untuk leisure setelah berapa hari penat trekking dan kunjungi tempat tinggi. Makna kata Dali hanyalah tempat untuk rehat sambil nikmati keindahan kota lama yang terletak di antara gunung dan tasik.

17620343_1922001571369439_6977623798221766782_o

Pemandangan Dali dari dalam train

17621764_1922001644702765_2976268317283725074_o

Dali Settlement berdekatan Erhai Lake

Untuk pengetahuan semua, Dali Ancient Town dibina pada tahun ke-15 pemerintahan Maharaja Hong Wu Dinasti Ming (tahun 1382 Masihi). Terdapat 50 buah peninggalan sejarah yang dibina pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming, Qing dan Republik China (ROC). Antaranya yang terkenal ialah Tiga Pagoda (Chongshen).

Di Dali ini terdapat 13 etnik yang mendiami sejak dahulu kala. Etnik Bai yang mempunyai kebudayaan, kesenian, kraftangan dan seni bina yang amat unik, merupakan etnik yang paling ramai di kawasan Dali ini.

Dali Ancient Town ini sangatlah besar dan mempunyai 5 pintu utama iaitu South Gate, North Gate, Erhai Gate, Dong Men Gate dan Changshan Gate. Sampai tersesat sebenarnya dan pening jugak membaca peta.  Nak menjengah sekitar Dali Old Town boleh gunakan basikal, motorbike atau electric car yang comel untuk di sewa. Melambak lambak premis yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Aku lebih gemar gunakan kaki (alasan sebab budget dah ciput) exercise katanya. Kah?!

17546852_1922001718036091_8625281711299671755_o

Dali Old Town. Menapaklah aku menahan beban beg masuk ke dalam. Untuk yang suka berjalan…. Gunakanlah dan exercise lah kaki sebaiknya di sini. Tak rugi menapak sambil lihat gelagat di kiri kanan penuh dengan jualan menggugat jiwa.

Hari pertama di Dali, aktiviti yang aku buat adalah sekadar pusing kota dan hanya menjengah ke Tasik Erhai. Tasik Erhai yang terdapat di Dali ini bentuknya seperti telinga merupakan tasik air tawar ketujuh terbesar di China. Kawasan tasiknya seluasnya lebih kurang 240 kilometer persegi dan kapasiti airnya mencatat tiga bilion meter padu.  Aku ke sini dengan menyewa tuk tuk. Saranan aku…  Kena pandai tawar menawar barulah dapat harga murah.

Sampai sahaja Tasik Erhai yang tidak berapa jauh dari Dali Old Town itu aku terpandangkan sebuah tasik yang luas. Tenangnya air di tasik Erhai ni. Syahdu aku rasa. Sempat aku capture gambar buat sekeping dua. Di sini banyak sangat tourist China. Macam-macam gaya dengan ada disediakan prop untuk bergambar. Semuanya bisnes.

17621764_1922001821369414_4808739098814301588_o

Sempat melihat burung-burung berterbangan mencari makan. Sebenarnya burung-burung ini diberi makan oleh pengunjung. Aku sekadar lihat dan shoot gambar sahaja . Lebih enak disapa angin di tepi tasik yang luas.

17620498_1922001894702740_9146200837840927534_o

Orang kalut dengan prop. Aku pun kalut dengan prop semula jadi di tepi tasik. Free tak berbayar

17621767_1922002071369389_7791602123326440074_o

Gambaran Erhai Lake seperti cuping telinga terdapat di Dali Museum.

🌼🌼Hari Kedua🌼🌼

Di hari kedua asalnya hendak ku tuju Changshan Mountain. Tapi dibatalkan atas sebab tertentu. Kata putus diambil. Aku mahu lagi menjengah setiap genap inci Dali Old Town. Hasrat hati nak menjengah Dali Museum. Rupanya kedudukannya tak jauh dari tempat semalam yang kebetulan aku jengah sambil duduk-duduk melihat warga setempat menari beriadah ala-ala line dance. Lah museum rupanya belakang aku semalam! Macam mana la aku tak perasankan papan tanda museum tersebut ya? Hampir sejam menjelajah museum dan sekitar, akhirnya jejak dibawa ke South Gate pula. Sempat juga aku berjalan atas tembok South Gate. Oleh kerana pemandangan cantik hadap Cangshan dan Erhai Lake tembok di sini kelihatan menjadi pilihan ramai pasangan pengantin sebagai lokasi bagi merakamkan detik bersejarah dalam hidup mereka. Macam-macam gaya ada. Dari tradisional sehinggalah ke moden theme. Dari atas gate sampai atas pokok di atas tembok tersebut. Nak ketawa melihat gelagat orang kawen ni nak dapat scene cantik. Ya tak ku nafi memukau sekali melihat sayup-sayup gunung dan tasik. Di depan gunung di belakang tasik. Kiri kanan pula kelihatan kesibukan manusia mengunjungi setiap penjuru kota. Lama sekali ku hadap Mt. Cangshan, gunung setinggi 3500 meter yang megah membentang di sisi kota Dali. Kelihatan indah sekali puncaknya yang diselimuti salji menambahkan berseri dan menariknya lagi kota Dali ini.

17621778_1922002148036048_5432316129408207591_o

Pintu gerbang menghala ke museum. That guy belakang saya.. Sengaja boom kan gambar ni. Atuk ni memang nakal!

17635252_1922002278036035_229872200372009647_o

Olah kerana pic kena boom saya dengan berbesar hati halakan perisai ni. Tapi malangnya atuk td dah siap posing pun dengan cucu kat meriam ni.

17390711_1922002371369359_3566454099135984634_o

Suasana dalam museum. Bawah laluan gajah tu sebenarnya ada batu bersurat. Tak paham hanya mampu melihat.

17622053_1922002438036019_8405000553517420582_o

Tembok yang dibina di sebahagian kota

17505046_1922002544702675_6005875889106281958_o

Kemeriahan penjuru kota Dali dari pemandangan atas tembok

Sempat abadikan kenangan di atas tembok South Gate. Di belakang saya Changshan Mountain

Sambil berehat atas tembok mata tak berkelip memandang ke hadapan melihat warna putih puncak bersalji Mt.Cangshan. Sesekali ku toleh ke belakang melihat Erhai Lake kelihatan airnya kebiruan. Ku lihat pula langit biru laksana sapphirine sky. Indahnya Kota Lama Dali! Masakan tidak… Kalau tak cantik tidaklah si tampan hebat, pengembara teragung Marco Polo mengeluarkan pepatah “Dali is the Geneve of Orient”. Monolog sendirian tak kesudahan sambil melayan pemandangan nikmat ciptaan Tuhan.

Dan… Seriusly aku rasa terubat kali ni menjengah Yunnan. Dulu datang masa rasa macam terkejar.. Kali ni dapat jugak menjengah Kota Dali dan Shangri-La. Okay nextttt….. Ke mana pulak kita???

💌 KCF

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s