5 Tips Penting Sebelum Memulakan Kembara Ke Luar Negara

Pertama kali melancong/kembara ke luar negara selalunya banyak perkara yang sentiasa bermain di fikiran. Macam aku mula-mula travel dulu. Terkapai-kapai juga. Terfikir-fikir apa yang perlu aku buat pada mulanya.

Baik, aku kongsikan di bawah lima tips yang perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan ke luar negara. Selamat membaca & Happy Travelling!

1. Periksa pasport. Jika ada visa yang perlu dipohon segeralah memohon.
Sebelum membuat sebarang rancangan perjalanan ke luar negara lebih baik kenalpasti di mana letaknya pasport kita. Jangan tak percaya ada yang lupa letaknua pasport sendiri di mana tau! Haha Secara umumnya, pastikan pasport sah selama sekurang-kurangnya enam bulan selepas memasuki foreign country. Sekiranya tarikh tamat pasport sudah hampir, perbaharui pasport sebelum memulakan perjalanan ke luar negara seterusnya. Boleh rujuk laman web Jabatan Imigresen untuk keterangan lanjut.

Selain itu jika visa pelancong diperlukan untuk melawat sesebuah negara mohonlah secepat mungkin kerana proses memohon visa kadangkala memakan masa dan mahal pula.


2. Rancang perjalanan sebaiknya.
Susun itinerari perjalanan dengan merujuk mana-mana guidebook atau laman web. Kebiasaannya semua medium ini lengkap dengan peta dan maklumat yang diperlukan. Muat turun aplikasi seperti TripAdvisor atau sebarang travel planner apps sebelum pergi.


3. Sediakan wang secukupnya
. Pastikan juga bank card diaktifkan untuk pengeluaran antarabangsa. Pengeluaran antarabangsa boleh diaktifkan melalui online. Selain itu kita boleh call bank dan maklumkan keberadaan kita sebagai pemilik akaun ingin melakukan pengeluaran di luar negara. Pihak bank selalunya akan freeze card jika melihat terdapat pengeluaran mencurigakan (jikalau pemilik tidak beritahu keberadaan di luar negara). Jadi jangan lupa!


4. Print pengesahan tiket penerbangan/hotel/itinerary atau lain lain dokumen perjalanan.
Simpan semua dokumen tersebut bersama-sama dengan pasport. Jangan terlalu bergantung pada akses Internet atau electronic devices. Tak ada akses atau bateri habis parah juga nanti. Biasakan diri mencetak hardcopy sebagai langkah berjaga-jaga.


5. Buy travel insurance.
Sebelum memulakan perjalanan, pastikan jangan lupa beli travel insurance. Kebanyakkan travel insurance seperti AXA Smart  tidak hanya cover soal kesihatan saja, tetapi cover risiko – risiko lain seperti bagasi dan barangan milik peribadi, gangguan dan pembatalan penerbangan dan sebagainya.

๐Ÿ’Œ KCF

Credit : Nadia Khan, CompareHero.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s