The Jewel Of Java ~ Yogjakarta Part 2 : Destinasi Instagenic Jogja, Hutan Hutan Terpelihara

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku…

(Tentang Seseorang, Dian)

Aktiviti pagi hari kedua kami ditemani Mas Danu.. dimulakan dengan menuju ke tiga destinasi yang menjadi kegilaan para traveller hipstur untuk hunting foto yang cantik. Haha Nampak? Aku dah terpengaruh nampaknya! Kah!! Mau juga aku lihat sejauh mana instagenic gambar-gambarku nanti.

Di Jogja, banyak rupanya tempat baru diwujudkan dalam usaha meningkatkan kunjungan pelancong ke sini. Tunggulah sikit hari lagi banyak yang tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Kagum… Dan aku kagum atas usaha mereka mewujudkan tempat yang bukan sekadar foto hunting tapi sesuai untuk kita hayati kehijauan alam.

Sebaik sahaja tiba ke destinasi pertama yang ditujui pada hari ini, Jurang Tembelan aku lihat hanyalah gardu pandang (pos pandang) yang biasa-biasa sahaja. Kerana dek kekreatifan mereka.. Ya tempat itu menjadi antara spot untuk selfie dan memotret terutama ketika sunrise.

Aku sempat berbasa basi bersama sekumpulan pramugari Garuda yang kulihat even dah semakin di mamah usia (ehem.. Jangan sebut tua) masih lagi cantik bak anak dara. Pheww! Katanya berlibur sebelum bertugas semula.

Hampir setengah jam juga aku dan Kak Nas sibuk untuk memotret foto masing-masing. Aku akur… Travel photo kali ni kurang sedikit kerana dek ralit memotret foto orang.. Foto aku tak cantik secantik seperti yang aku mahu. Nasib lah sebab aku bukan bawak photographer bercuti bersama. 😂

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Sungai Oya kelihatan dari atas Jurang Tembelan
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Spot Titanic atas awan! 
P1010186_edited.jpg
Andai hati ku dimiliki….eceh! Antara props yang ada di pinggir Jurang Tembelan

Puas di sini, kemudiannya kami bergerak ke Hobbiton Indonesia iaitu “Seribu Batu Songgo Langit”. Terdetik di hati aku,

“Aik.. umpama negeri dongeng di Jogja pulak rasanya”.

Teringat cerita Dunia Khayalan sinetron dari Indonesia. Kah! Sebelum menjengah masuk ke Seribu Batu Songgo Langit ini, di bahagian hadapan parkir aku disambut dengan taman bunga berwarna merah dan kuning yang sangat cantik. Jelas tampak, satu lagi alternatif yang diwujudkan dalam usaha menarik ramai pelancong ke sini.

Banyak sekali aku lihat rumah kayu, malah kupu-kupu yang diperbuat dari reranting kayu. Kreatif! Tertarik hati juga dengan binaan rumah Kurcaci (orang kenit). Lantas, terkenang imaginasi aku sewaktu kecil. Haha. Imaginasi kononnya orang kenit dan dunianya itu wujud. Pengaruh tv la nih! Dalam sibuk-sibuk berswafoto dek keramahan, di sini sempat lagi aku bertukar-tukar number dengan pelancong lokal dari Jakarta, Rika namanya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Panggung sekolah hutan, salah satu spot menarik di Seribu Batu Songgo Langit. 
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Rumah Kurcaci super karen!
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Rumah seribu kayu negeri dongeng
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Tumpang lalu….puteri Hobbit datang menyinggah . Lol!

Penat kaki melangkah kami merehatkan diri dengan mencicip bakso di situ. Bolehlah sekadar mengisi perut untuk sementara. Usai semuanya kami berlegar pula ke Hutan Pinus Asri.

Hutan Pinus Asri Jogja, Jurang Tembelan dan Seribu Batu Songgo Langit sebenarnya terletak berdekatan. So, Kalau ke sini baik jengah sahaja kerana saling berdekatan.

Di Hutan Pinus Asri, aku dapat menikmati hamparan pepohon pine. Umpama macam dalam filem Twilight. Nak kata Mirip seperti yang ada di Texas, Amerika Syarikat rasanya jauh sekali. Boleh lah.. Insiatif setempat dan promo tu nampaknya mainkan peranan penting di sini. Popular sehingga padat dengan pengunjung luar dan dalam. Kebetulan aku pula menjengah hari minggu dan khabarnya waktu aku menjengah ada pula pengambaran filem di situ. Kawasan Hutan Pinus Asri ini pada asalnya dikatakan hutan yang tandus. Namun atas inisiatif jabatan perhutanan di sana, tempat ini menjadi wisata menarik malah menjadi spot pilihan untuk bergambar.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Cak! Ramainya umat kat sini. Sampaikan terpaksa mencari spot yang kurang tumpuan.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Asyik sebenarnya menghayati tropikal dan suptropikal forest ni
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Tak silap aku ni  bunga Lantana Camara (bunga tahi ayam) yang juga digunakan untuk menghias taman. Dalam hutan ada kebun bunga okay. 🙂

Tengok… Bagus usaha mereka. Rasanya kita Malaysia patut ambil inisitiatif seperti mereka juga. Rasa aku kawasan Tanjong Jaga dekat area Yan tu patut orang buat gardu pandang juga di sini. CANTIK jugak kot!

 

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s