The Jewel Of Java ~ Yogjakarta Part 3 : Menjengah Pantai Timang Jogja

Dari candi bertebaran, gunung ganang megah dan perbukitan, Jogja juga mempunyai destinasi pelancongan pantai yang menarik. Dari pantai berpasir nan lembut sampai lah ke pantai berkarang, semuanya tersedia di sini. Hanya menanti untuk dikunjungi. Kalau Part 2 aku galak bercerita pasal hutan insta.. Moh bercerita pula pasal pantai berkarang mereka.

Perjalanan ke Pantai Timang menempuh masa hampir 1 jam juga. Dalam perjalanan kami terserempak dengan sekumpulan penduduk yang sudah bersiap sedia untuk menyertai perarakan kirab budaya di kampung mereka. Tanpa membuang masa Mas Danu memberhentikan kereta. Sempat jugak aku lihat dan intai sekejap perarakan bagi perayaan kirab budaya ini.

Perayaan Kirab budaya di Siyono Kulon. Yang ini adalah pakaian kerajaan Mataram suatu ketika dahulu
Bergambar bersama pasukan yang berpakaian askar Mataram Lama. Belakang aku yang menggunung itu adalah gunungan daripada pelbagai jenis sayur.
i’m joining them “berarak”. Perayaan kirab budaya ini kerap dimanifestasikan sebagai falsafah Yogyakarta: sengguh ora mingkuh.

Perayaan kirab budaya sebenarnya merupakan perayaan yang dirayakan setahun sekali bertujuan membersihkan dusun. Pelbagai acara kesenian dan kebudayaan dipersembahkan sepanjang jalan semasa perarakan tersebut. Ada wayang kulit, persembahan gunungan (arca gunung daripada sayur-sayuran), permainan anak-anak kecil dan sebagainya. Dalam acara khusus ini aku berkesempatan melihat sepasukan askar (seperti askar kerajaan lama) berpakaian serba merah. Tak silap aku ini adalah pakaian kerajaan Mataram lama. Hampir lima belas minit melihat perarakan ini (sebenarnya dah rasa lain macam sebab ada lagu seperti puja-puja dalam bahasa Jowo) aku mengambil keputusan untuk terus bergerak ke Pantai Timang.

Sekumpulan wayang kulit orang. Waktu ni diorang tak naik sheikh lagi

Sebaik sampai di sana..  Kami dibawa ke Resto Pak Sis untuk memilih lobster terlebih dahulu.  Boleh saja kalau kita membuat pesanan kemudian bergerak ke Pantai Timang. Balik nanti dah tersedia makanan untuk di makan. Silap kami, keputusan dibuat untuk makan terlebih dahulu.  Haha.  Tak tahu pula perjalanan dari resto tadi ke pantai jaraknya masih bersisa 2km.

PSX_20170827_160341_wm
Lobster! Boleh saja kita pilih lobster yang kita mahu di bahagian dapur
Makanan yang tersedia. Satu set untuk 2 orang makan IDR350000 sahaja

Allahu..  Jangan di tanya keadaan jalan di sana.  Mampu mengucap sahaja.  Tambahan pula naik ojek.  Mak rasa nak nangis…   Naik berdua membonceng motosikal dengan lokal sana membuatkan aku tak senang duduk. Nak merapat lain jadinya kang.. ke belakang sangat aku terpelanting pulak jawabnya.  Itu pun aku masih berjarak lagi hampir terpelanting juga. Kah!  Dalam berjarak sempat juga lensa kamera aku diketik.

“pegang kuat-kuat nanti bisa jatuh”

Sesekali jerit penunggang ojek bila aku asyik ketik camera ketika dilambung batuan. Hampir 2km barulah tiba di pinggir batuan berkarang di tepi Pantai Timang. Apa yang aku lihat tak ramai sangat pengunjung lagipun hari dah lewat petang. Gondola masih lagi beroperasi. Nak naik,  tak nak saling berbaur dalam hati!

Tak sanggup aku gantungkan nyawa hanya di atas seutas nilon. Deburan ombak Pantai Selatan yang menghempas tebing tu pun dah bisa menggugah hati!

Sebelum naik gondola ini, apa yang perlu aku tahu ialah istilah do at your own risk. Sebenarnya tak ada jaminan gondola itu selamat, tak ada jaminan juga talinya putus atau kotaknya itu tidak rapuh, walaupun dikhabarkan setiap 3 atau 4 bulan sekali ditukar tali dan gondolanya. Melonjak hati sebenarnya untuk mencuba menjejakkan kaki ke atas gondola tersebut. Tatkala aku terfikirkan keselamatan, maka aku padamkan sahaja keinginan.

Sepi sebuah pandangan. Waktu ni tak tahu mengelamun tentang apa.

Apa yang dikhabarkan rakan traveller seberang, gondola itu sebenarnya atas usaha warga setempat bukannya di bawah kendalian pihak berwajib. Lagipun ia merupakan wahana untuk local mencari lobster pada asalnya. Namun dikomersialkan bagi tujuan pelancongan. Nah.. Ternyata memberikan keuntungan. Kalau punya hati seciput, memang aku takkan naik. Layankan adrenalin kalau berani menempuh cabaran. Silakan.

Memandang ke laut lepas…
Antara prop berbayar yang terdapat di pinggir Pantai Timang

Kami akhirnya meninggalkan Pantai Timang dengan gondola sebaik senja melabuhkan layarnya. Azab sekali lagi menimpa Allah…sakit badan menempuh likuan berbatu di atas ojek. Haha… Itulah cabaran namanya! Pantai Timang punya pasal. Aku layankan saja.

Apabila senja melabuhkan sayapnya.. Alam mula suram.

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s