The Jewel Of Java ~ Yogjakarta Part 4 : Sejenak Mengintai Peninggalan Merapi & Borobudur Yang Misteri

28 Oktober 2010 bergema slogan ‘ Pray for Indonesia’… ‘Indonesia berduka’ di seluruh pelusuk dunia. Manakan tidak si dia yang sedang tidur rupanya terjaga. Mengamuk menggeliat hebat memuntahkan isi perut segala. Merapi umpama naga yang sedang tidur, terjaga bila tidur lelapnya diganggu gugah. Dahsyat sekali hinggakan 347 nyawa jadi galang ganti bila Merapi memuntahkan isi bumi.

Berkunjung ke Jogja tak sah kalau tidak berkunjung ke kawasan tinggalan akibat letupan Gunung Merapi. Hari ketiga di Jogja, aku susuri pula sisa-sisa letusan gunung berapi buat ikhtibar untuk diri. Seawal jam 3.00pagi aku mula bangun mempersiapkan diri kerana kami bakal bergerak pada pukul 4.00pagi ke Umbulharjo Cangkringan yang terletak berdekatan kaki gunung Merapi.

Di sini kami dibawa oleh Mas Teko selaku juragan di Resto Bonda Merapi. Selain pakej Merapi Tour, Mas Teko juga ada homestay mahupun rumah makan. Usai solat subuh seawal jam 5.00pagi dan Mas Teko juga sudah bersedia dengan jeepnya, kami bergerak lebih awal ke kaki gunung Merapi dengan melewati kampung-kampung dalam suasana yang dingin bagi mengejar sunrise.

Sepanjang perjalanan Mas Teko tak jemu-jemu ngobrok menerangkan kejadian Merapi dan sekitarnya. Terpegun juga mendengar walaupun dalam keadaan jeep yang berbolak balik sesekali menyusuri jalan yang berbatu-batu. Pitstop kami yang pertama adalah untuk mengejar sunrise moment di Bunker Kaliadem. Indahnya alam di depan mata kelihatan megahnya Merapi berdiri sambil disinari cahaya matahari yang mula terbik di ufuk timur. Sambil menghayati alam Mas Teko bertindak sebagai photog kami. Wah! Penat deh kayak artis loh!

Sunrise moments at merapi
Melompat ke bintang… 💕
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Traveller bujang tak laku yer maksud jomblo petualang ni? Euuu.. Tak laku pun kaki aku jauh melangkah! 😒 

Selesai menghayati indahnya sunrise di kaki gunung, kami menuju ke bawah bunker. Bunker Kaliadem merupakan sebagai tempat perlindungan dari bahaya lahar panas Gunung Merapi. Pada tahun 2006, terdapat dua orang yang telah ditemui mati dalam bunker ini ketika menyelamatkan diri dari letusan Gunung Merapi. Seram sejuk? Aku rasakan ketika menjengah ke dalam bunker ini.. Lagipun suasana yang gelap menambahkan lagi kegerunan. Aku lihat di dalam bunker bawah tanah ini tersisa debu vulkanik yang membukit hasil daripada debu panas gunung merapi.

Bunker yang menjadi saksi bisu keganasan lahar Merapi
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Di tepi tangga susur ke Bunker Kaliadem. Asyik sekali pemandangan berlatarbelakangkan Gunung Merapi
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
keadaan di dalam Bunker Kaliadem. Yang hitam di atas lantai tu adalah sisa debu dan  batuan vulkanik

Kami kemudiannya di bawa Mas Teko menjengah Batu Alien yang dikatakan terkeluar dari perut bumi semasa letusan Gunung Merapi. Letaknya pula tidak jauh, cuma di pinggir Kali Gendol. Jika diamati dengan teliti bongkahan batu ini jelas nampak seperti wajah manusia. Ternyata letusan Gunung Merapi pada tahun 2010 meninggalkan bekas yang mendalam di hati penduduk Desa Kepuharjo terutama yang tinggal berhampiran Kali Gendol. Saat menyusuri di sini suasana suram menyelubungi. Kelihatan tandus sekitarnya. Debu dan batuan lahar sisa dari Merapi sesekali menyesakkan nafas. Aku sempat bertanyakan Mas Teko kenapa Kali Gendol kelihatan kering tidak berair? Manakan tidak….letusan Merapi 2010 membuatkan sungai dulunya berair di tenggelami material vulkanik. Hampir ke semua sungai sekitar Merapi mempunyai endapan lahar dingin.

Sekilas terlihat wajah alien

Kawasan sekitar batu alien.. Kering dan tandus

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Pemandangan Merapi dari pinggir Kali Gendol

Terfikir dek akal…Ya Allah besarnya kuasa-Mu Tuhan. Sekali bencana melanda luluh lantak dirasakan. Sekitar yang subur dan aman suatu ketikanya, meranap musnah bak dilanda Garuda. Bukan Garuda lagi rasanya tetapi MERAPI memuntahkan laharnya bisa membuatkan alam sekelilingnya porak peranda.

Mas Teko juga membawa kami melihat secara jelas kesan peninggalan Merapi, di mana kami di bawa ke sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Desa Petung, Kepuharjo. Desa Petung merupakan route yang wajib di singgah. Sewaktu meletusnya Merapi, desa ini tidak terkecuali dilanda bencana alam yang dahsyat itu. Ramai juga yang terkorban dalam tragedi. Sekunjungan di sini aku juga berpeluang meninjau ‘ Omahku Memoriku’ sebuah museum kecil milik penduduk bagi mengenang kesan erupsi Merapi.

Bukti masa dan waktu kepulan awan panas melanda di Desa Kepuharjo
Antara rangka binatang yang tersisa

Pesan Merapi :

“Aku ora ngalahan, tur yo ora pangen dikalahke. Nanging mesti tekan janjine, mung nyuwun pangapuro nek ono siang ketabrak,keseret,keter, kebanjiran lan kelelep. Mergo ngalang-ngalangi dalan sen bakal tak liwat”

Maksudnya :

Aku tak suka mengalah, dan juga tidak ingin dikalahkan. Namun pasti menepati janji. Hanya ingin meminta maaf kalau ada yang tertabrak, terseret, terbawa, kebanjiran dan tenggelam kerana menghalangi jalan yang akan saya lewati.

Apabila alam berbicara

Setengah hari menghabiskan masa melihat sejenak peninggalan Merapi, kami kemudiannya menginjakkan kaki ke desa Boro, Kabupaten Magelang, Jawa Tengah, Indonesia bagi melihat Borobudur. Borubudur ini terletak kira-kira 40 km di sebelah barat laut Yogyakarta.

Candi Borobudur dikatakan candi buddha yang penuh misteri. Eh! Dah yang ni kenapa pulaknya?

Tak terfikir dek akal aku suatu masa dahulu dengan teknologi yang terhad bagaimana batuan yang besar dapat diangkat ke atas bukit bagi membina Borobudur ini. Pembinaan candi ini turut dipertikaikan oleh warga luar; tahun dan tujuan pembinaannya. Padanlah dikatakan misteri.

Ukiran patung di dinding candi Borobudur
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Antara relief yang rosak. dikatakan letusan Merapi 2010 telah menyebabkan sebahagian daripada candi Borobudur diliput debu vulkanik sehingga merosakkan batuan bersejarah ini.

Namun candi ini dikatakan bermula seawal 750masihi berdasarkan kepada penemuan tulisan berhuruf pallava dan merupakan hasil peninggalan Dinasti Buddha Silendra (Kerajaan Mataram Kuno). Terdapat 72 stupa yang berbentuk loceng gergasi di tapak arkeologi ini. Menurut fahaman penganut agama Buddha di sini, sesiapa yang masuk ke sini perlulah berjalan mengikut arah jam dengan bay relief di sebelah kanan. Sebenarnya pergerakan ni digelar pradaksina (menyembah dewa-dewa). Sesiapa yang belok kanan masuk ke stupa pula dikatakan menyembah syaitan. Apa-apalah agama mereka kan. Jangan pula kita terikut dan menyamai mereka.

3 daripada 72 stupa berbentuk loceng berlubang-lubang di Borobudur
Kelihatan Merapi selari dengan Borobudur. Borobudur dibina di atas bukit setinggi 265m dari aras laut

Aku hanya melangkah kaki ke sini sekadar untuk melihat kesan pengaruh sejarah peradaban Tamadun Hindu-Buddha terhadap Asia Tenggara serta melihat keindahan alam sekitar dari arah sana. Sempat juga aku intai disebalik lembaran sejarah bagaimana bertapaknya Islam di Kota Jogja ini. Lantas dibenak terfikir betapa di dunia ini pelbagai ajaran dan agama bertebaran di seluruh pelusuknya. Allah Swt sebenarnya tidaklah membuat beragam agama, tetapi manusialah yang membuat agama-agama baru karena menuruti hawa nafsunya.

اِنَّ الدِّيۡنَ عِنۡدَ اللّٰهِ الۡاِسۡلَامُ
“Sesungguhnya agama yang benar disisi Allah ialah Islam”

                                                                                                                              (Ali-Imran : ayat 19)
💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s