Pentingnya Suntikan Vaksin Sebelum Travel


Dah tinggal hampir beberapa minggu sahaja lagi cuti sekolah bakal menyusul tiba. Aku kira ramai yang akan mengambil kesempatan travel ketika cuti sekolah nanti. Dan, aku tidak terkecuali. Cuti nanti aku bakal mengunjungi sebuah negara yang terkurung daratannya di Asia Timur (ha…Cepatler telaah peta! )

Pagi tadi aku singgah ke Poliklinik Dr. Azhar & Rakan-Rakan. Belum pun sempat aku duduk, soalan pertama doktor,

”Awak nak pergi mana? Kenapa Mongolia? Kenapa tidak Filipina? Nanti anak mcm mana?

Tersengih jugak aku dengan soalan bertubi doktor muda ku kira sedang lokum pada hari ini…satu persatu aku jawab.  Soalan last tu bila ku jawab single. Apa lagi keje jalan saja la! Gelak doktor… Katanya dia jugak selalu travel. Eh! Tetiba rasa macam nak sakit selalu. LOL

Usai suntik aku ambil kesempatan bersembang dengan doktor kepentingan vaksin sebelum travel. Panjang lebar juga konsultasi sang doktor buat patientnya. Nasib la aku orang terakhir sebelum klinik ditutup sementara untuk memberi laluan solat Jumaat.

Sebenarnya, vaksin sangat penting agar kesihatan kita terjaga.  Mesti kita tak nak terganggu dengan masalah kesihatan sewaktu kembara.  Lagi-lagi yang macam aku nih!   On medication.  Memang aku sentiasa beringat.

Ramah juga doktor menerangkan tentang vaksin-vaksin yang sering diambil sebelum mengunjungi sesebuah negara. Aku senaraikan beberapa jenis penyakit yang boleh dicegah dengan vaksinasi :

🌀 Influenza

Ini suntikan vaksin yang aku dapatkan di Poliklinik tadi.  Vaksin ini bertahan selama 2 tahun dalam badan bertujuan untuk mencegah wabak/virus influenza atau lebih dikenali sebagai flu. Antara simptom influenza ini demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk kelesuan, sakit otot dan sendi, cirit birit, muntah dan sakit abdomen. Virus influenza boleh merebak dan menular melalui berbagai cara, seperti melalui batuk, bersin, dan juga bersentuhan. Dengan vaksinasi dapatlah kita mencegah 70-90%.  Bak kata pepatah ‘ getting immunized before travelling is just like putting sunblock on to protect against skin cancer: a precautionary measure to prevent disease.’

🌀 Yellow Fever

Penyakit ini pula menyebabkan kegagalan ginjal dan hati.  Malah lebih teruk menyebabkan kematian.  Penyakit ini tularkan oleh nyamuk.  Sesiapa yang nak menjengah ke Amerika, Afrika dan negara seangkatan dengannya disarankan mendapatkan vaksinasi sebagai satu langkah mencegah risiko mendapat penyakit ini.

🌀 Rabbies

Ha… Hatni penyakit yang pernah dulu serang traveller kat Bali. Penyakit ni adalah penyakit anjing gila yang disebarkan oleh haiwan yang terinfeksi (dijangkiti).  Virus ni akan merebak dalam saraf seterusnya naik ke saraf tunjang lepas tu menyerang ke otak.  Aku teringat experience masa ke  Medan tahun 1994 dulu. Diserang dan digigit dengan monyet yang naik gila.  Sampai disorong ke hospital.  Memori pahit tu! Nasib lah mak dan abah cepat bertindak.

🌀 Difteria

Yang ini pula pernah berlaku sekitar Mongolia, Equador, Ukraine dan Russia pada tahun 90-an.  Penyakit ini adalah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan dan disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphtheriae. Jadi para traveller disarankan untuk mendapatkan vaksin sebelum memulakan perjalanan.

Kalau hendak dapatkan vaksin baiklah rujuk dengan doktor dahulu ya, kalau kalau ada masalah kesihatan yang berat.  Pengambilan vaksin ini ada effect sampingan terutama gatal (alergi), sakit dan bengkak tempat cucuk, demam dan lelah.  Aku rasa dizzy saja awal pagi tadi. Biasanya gejala akan rasa dari awal kita peroleh vaksinasi sehingga hari ke 12. So ada masalah terkait, baik jumpa doktor semula. Dalam bercakap pasal vaksin sempat juga aku dapatkan bekalan ubatan untuk ke sana.

Passport? Check. Prescriptions? Check.  Travel immunization. Check. Tinggal lagi visa dan packing barang saja lagi.. Phew.

“We explore somewhere new, to get out of our comfort zones and experience all the wonders and adventure the world has to offer us”.

💯 agreed. But dont forget the exotic places,  exposes us to exotic disease too. Then don’t forget to get your routine vaccine for travel.

💌 KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s