Kembara Musim Sejuk Mongolia Part (8) : Ruins Of Ongii Monastery

Berada di Mongolia pada hari ke-6 tidak sah tidak jika tidak mengunjungi dan meninjau sebahagian daripada monumen sejarah mereka.

Ruins of Ongi Monastery dikenali sebagai Ongiin Khind merupakan monastery yang terbesar di Mongolia. Monastery ini tak silap aku dikatakan dibina pada tahun 1660. Terdapat dua kompleks bagi monastery ni iaitu Barlim khiid dan Khutagt Khiid yang terletak di sebelah utara dan selatan Ongi Gol kira-kira 18 km dari Saikhan-Ovoo, Dungobi.

Lebih kurang berapa jam perjalanan akhirnya kami dapat saksikan keindahan penempatan Lamas (Tibetan/Mongolian monk) pada zaman dahulu di situ. Terdapat beberapa kesan runtuhan monastery yang dikatakan dimusnahkan oleh pihak komunis.

Kesan runtuhan sekitar Ongii Monastery
Kak Yus, Nadine dan Zaid bertungkus lumus mendaki bukit kecil dalam kesejukan

Tak banyak yang kami saksikan di sini selain kesan runtuhan dan kami mencuba hiking bukit kecil yang bila kita berada di atasnya menampakkan hampir keseluruhan kawasan tersebut. Indah sekali! Bagi aku kawasan alam sekitarnya memang sangat cantiknya. Dihimpit bukit bukau dan di bawahnya mengalir sungai yang kelihatan cetek. Ditebing sungai pula kelihatan berpusat penempatan ger.

Sebahagian ger (tourist ger camp) yang tidak dibuka pada musim sejuk di sekitar Ongii
Sejuk mata memandang. Penempatan ger di sebelah Sungai Orkhon.
Antara beberapa biara yang masih tersisa dibangunkan semula
Antara kesan-kesan runtuhan biara di atas bukit

Sambil memandang keindahan sebalik bukit dan sungai, sesekali aku memerhatikan monastery yang terletak di bawah yang mempunyai ciri-ciri senibina Chinese, Tibet dan Mongol.

‘Tak ada Lamas pun? ‘, getus hati aku.

Rupanya bangunan itu kosong dan tidak digunakan pada musim sejuk. Kata Bymba semua Lamas biasanya akan ke Nepal untuk beribadat. Hasrat nak memotret mereka seperti dalam National Geographic atau Discovery Asia tidak mampu dilaksanakan.

Biara yang telah dibangun semula ini bercirikan Tibet, China dan Mongolia

Aku tidak banyak bertanya di sini. Diam. Sekadar memerhati. Aku perhatikan sekali lagi persekitaran. Ternampak beberapa rimbunan pokok saksual. Banyak pula pokok saksual kali ini di Ongii Khind ini. Lantas di fikiran aku teringat cebisan beberapa potong kayu kering yang digunakan host sebagai agen pemanasan dan memasak beberapa hari menginap sepanjang tour Gobi. Mana ada pokok besar selain pokok yang tumbuh meliar di Gobi, melainkan pokok yang mempunyai scientific name Haloxylon ammodendron ini. Ya tak ya juga.. Di Gurun Gobi pokok inilah satu-satunya jenis pokok kayu yang boleh digunakan oleh nomad bagi tujuan pemanasan dan memasak. Terfikir juga mungkin kerana kawasan ini kawasan oasis maka pokok kayu ini banyak sekali terdapat di kawasan sekitar.

Saxual tree ~ native plant of the Gobi

Oleh kerana masa terasa berlalu begitu cepat ketika musim sejuk, tak sampai satu jam lebih di sini kami berlalu meneruskan perjalanan dan akhirnya tiba di sebuah ger berdekatan dengan Ongi Monastery. Hanya berjarak 25km dari monastery ini. Sebaik sahaja tiba di rumah host mata aku tertancap pada keadaan rumah. Tiada sebarang pokok kecil tetapi dipenuhi rumput kasar dan kering sekelilingnya. Mata aku mula meliar melihat keliling seolah mencari sesuatu.

“Eh! Tiada tandas?, getus aku sendirian.

Rupanya rakan sekembara lain juga berfikiran sama. Maknanya di sini… nature toilet lah jawabnya!

Petang kian menghampiri malam. Dalam menunggu labuhnya sang mentari kami sempat meninjau keadaan sekitar melihat tempat ‘melabur’ nanti. Kena kenalpasti dulu sebelum sampai waktu.Hiks! Rupanya ada sebatang sungai yang membeku tidak jauh dari rumah host. Kesempatan yang ada aku ajak Zaid, Kak Shima dan Nadz bersama-sama meninjau sebalik rumput kering yang meninggi itu mencari sungai yang dikatakan membeku. Ayu pula tak silap aku sempat bersiar sekitar bersama dengan driver kami menggunakan motosikal host. Puas memotret puas menginjakkan diri atas sungai membeku sambil berlatar belakang senja yang berlabuh, kami kembali semula ke ger bila Maghrib menginjak waktu.

Sungai yang membeku berhampiran rumah host di Ongii Khind
Meninjau kawasan sekitar rumah host. Rumput kering tinggi yang kelihatan tajam. Hati-hati jika nak melabur tau ๐Ÿ˜
Indahnya alam ketika senja melabuhkan sayapnya.

Malamnya.. aktiviti kami seperti biasa sama seperti malam sebelumnya. Bagi aku malam di Mongolia waktu musim sejuk tiada aktiviti khusus dijalankan melainkan hibernisasi diri dari kesejukan. Tetapi malam di Ongii Khind kali ini ada di antara kami yang volunteer untuk memasak dan menyediakan hidangan makan malam. Kak Yuslina dan seorang lagi rakan kembara diberi mandat menjadi chef di Mongolia buat untuk hari ini. Usai makan aku mula melayan perasaan dan terlena awal sehinggakan tak sedar bilakah waktunya aku diselimuti baju berbulu kambing milik host bagi melindungi diri dalam kesejukan. Euww.. sangat berbau kambing tapi mampu menghangatkan!

๐Ÿ’Œ KCF

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s