Menjelajah Bandar Epic Kharkhorin, Laluan Utama Jalan Sutera

Perjalanan yang panjang… Hampir 200km menempuhi landskap pemandangan indah dari bumi berpasir tandus hinggalah ke ‘white land’ diseliputi salju, kami menuju pula ke Kharkorin yang merupakan bandar kecil yang telah lama menjadi tinggalan sejarah. Walaupun pernah mengajar sejarah sungguh aku katakan.. aku masih buta sejarah. Berpeluang menjejakkan kaki ke sini sedikit sebanyak membuka mata aku melihat kesan tinggalan bandar purba yang menjadi kemegahan Empayar Mongol satu ketika dahulu. Tidak banyak yang dapat dilihat di Kharkhorin atau dikenali sebagai Karakorum (Qara Qorum) melainkan menyingkap sejarah inilah laluan utama Jalan Sutera di Mongolia satu ketika dahulu. Sementelahan bandarnya seperti bandar purba lama -tidak banyak pembangunan.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Terjumpa dengan local yang awesome begini. Melting tau!

Sebaik tiba ke bandar Kharkorin in kami menuju ke sebuah kedai makan dahulu. Lagipun ketika tiba di sini sudah masuk waktu makan tengahari. Di Kharkhorin barulah aku berpeluang meilhat ramainya anak-anak warga tempatan bersekolah. Aku difahamkan bagi keluarga nomad biasanya anak mereka yang masih bersekolah di hantar ke bandar terdekat (tinggal di asrama) bagi meneruskan persekolahan. Kecil-kecil lagi anak bersekolah ini perlu berpisah dengan keluarga bagi mendapatkan ilmu. Terharunya! Keberadaan kami di sini menjadi perhatian. Agaknya kerana pemakaian dan percakapan serta rupa paras yang jauh berbeza dengan warga setempat kami menjadi tumpuan untuk seketika.

Aku paling tak lupa kenangan di bandar Kharkhorin ini. Hampir terburai isi perut yang aku penuhi waktu tengahari tadi gara-gara ke tandas awam di sini. Nak menangis pun ya! Kalau diberi pilihan antara qadokan hajat di ruang terbuka luas di tanah tandus atau tandas awam aku rela memilih ruangan terbuka tersebut! Ada rakan sekembara yang keluar toilet tak sempat zip seluar pun ya! Bau tentulah menyengat. Ditambah lagi pemandangan yang tidak enak dipandang. Terasa nak pitam waktu itu juga! Terfikir juga aku kenapalah ya bangunan rumah dan kedai di sini biasanya tandas tidak di bawah satu bangunan. Tandas seperate. Lepas itu pula tandasnya bukan seperti tandas yang ada tangki simbah seperti kita. Yang aku peliknya bangunan kerajaan boleh pulak elok tandasnya. Terasa sesal mula menghantui akibat ke tandas awam! OMG.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Bandar Kharkhorin seperti sebuah pekan koboi yang tersusun.

Kami seterusnya bergerak ke Kharakhorum Museum. Hampir dua jam juga rasanya berada di dalam muzium ini. Khusyuk sekali aku mendengar Bymba menceritakan satu persatu kisah zaman pemerintahan Chinggis Khan hinggalah ke anak dan cucu cicitnya Kublai Khan. Dari satu cerita ke satu cerita kami mendengarnya sambil memerhatikan segala tinggalan sejarah lama.

P1010735_edited.jpg

 

‘Zaid kau tengok ni! Duit lama ni ada tulisan Allah, kata aku pada Uzair rakan sekembara aku.

Masing-masing terkelu melihat syiling lama disebalik cermin kaca. Terimbau satu artikel tentang hebatnya Mongolia satu ketika pernah menjarah kota islam terpenting di Asia Tengah. Nampaknya pengaruh Islam dapat dilihat dalam pentadbiran Mongol dan aspek kebudayaan Muslim diterapkan dalam memajukan bangsanya. Baraka Khan(Berke), Hulagu Khan dan arghhh aku tidak mampu mengingatkan semuanya, nama nama ini dahulunya pernah menggegarkan sebahagian Asia Tengah. Satu-satu aku meneliti rangka masa pemerintahan Genghis Khan hinggalah ke anak cicitnya. Yang aku nampak penceritaan kisah susur galur keturunan Temujin yang memeluk Islam ini tidak diceritakan dan dilaungkan di sini. Makna kata perlu disingkap sendiri. Sesekali aku ralit dan asyik memerhatikan barangan peninggalan lampau.

Puas aku dan rakan sekembara meneroka muzium yang tidaklah sebesar mana. Akhirnya kami dibawa Bymba menuju ke sebuah bukit berdekatan dengan lembah Orkhon di luar Erdene Zuu sebuah monastery yang terbesar di situ. Dari atas bukit tersebut jelas kelihatan Orkhon River. Patutlah lembah ini menjadi salah satu laluan utama Jalan Sutera. Ada sungai rupanya. Apa kaitan sungai dengan ketemadunan (civilization)? Ha…Fikirlah sendiri. Panjang pulak ceritanya nanti!

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Monumen yang terletak di atas bukit

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Pemandangan keseluruhan dari atas bukit menmbelakangkan bandar Kharkhorin. Sungai kelihatan membeku.

 

Ketika menuruni bukit tersebut kelihatan anak penduduk tempatan leka sekali sliding atas zink menuruni lembah (bukit) ini. Gembira sungguh nampaknya mereka! Sempat juga kami semua memotret dan mengambil video gelagat mereka menggelongsor menuruni bukit di atas tompokan salji yang membeku. Tak lama di sini, kami segera mengundur diri apabila tiupan angin yang tadinya sepoi-sepoi bahasa menjadi semakin kuat dan rasa sejuk mula mencengkam diri.

 

Malam itu kami menginap di Munk Tenger Tourist Ger Camp. Alhamdulillah di sini ada electricity makna kata boleh lah masing-masing mengecas gadget yang semakin berkurang baterinya. Dah tiga hari kami di tengah padang gersang yang hanya bergantung kepada cahaya matahari untuk mengecas gadget. Itu pun sekejap boleh cas dan sekejap tidak. Sepatutnya malam itu kami bercadang untuk melihat persembahan dari kumpulan penyanyi yang menggunakan suara dari tekak (throat singing). Memandangkan semuanya penat, maka kami membatalkan rancangan. Ada yang rehat ada juga yang meluangkan masa ke bandar Kharkhorin untuk berkaraoke bersama driver dan guide kami sepanjang trip ini. Aku? Macam biasa. Layan mencoret dan mata hingga terlelap tanpa ku sedar. . . Dibuai mimpi indah!

💌 KCF

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s