Tibet Didamba, Eh! Ke Sichuan Akhirnya?

Kita boleh merancang dengan baik, namun perancangan Allah SWT itu lebih sempurna. Bersyukurlah.

“Pocket Guide Tibet”. Buku yang dibeli dan dikirimkan oleh adikku Siti, aku tatap lama-lama. Perasaan teruja mencengkam jiwa. Aduh! Parah. Jiwa aku menggelegak.

Aku sukakan cabaran. Oleh kerana itu juga hati aku tertarik pada cabaran yang satu. Teringin sekali di hati menyelusuri Dataran Tinggi Tibet atau dikenali sebagai Qinghai -Tibet Plateau, memulakan perjalanan daripada Chengdu dan berakhir di Lhasa yang menggunakan kereta api sebagai medium utama. Terbayang pemandangan indah yang diuar-uarkan tercantik sepanjang perjalanan ke sana, menempuh sedikit demi sedikit dari tanah rendah sehingga ke tanah tertinggi yang digelar “bumbung dunia”. Terbuai-buai jiwa kalah angau orang bercinta!

“Zaid, aku rasa tahun ni aku nak melangkah ke Tibet la. Aku teringin nak rasa perasaan jatuh cinta seperti SuperMeng Malaya rasa waktu dia naik kereta api dari Chengdu ke Tibet. Cantik oi pemandangannya”, ujar aku lewat aplikasi Whatsapp pada Uzair atau acapkali dipanggil Zaid, rakan sekembara yang kini merupakan suami tercinta.

“Wow…  Tapi kalau nak ke Tibet, kita kena ada permit. Satu lagi confirm kita kena guna khidmat travel agency. Mana boleh sewenangnya kita bebas lepas di sana. Semua tu mahal tu…”, gusar Zaid.

Pesanan Zaid aku biarkan tidak berjawab. Sepi. Aku cuba mengingati kembali catatan perjalanan yang pernah aku baca lewat media di mana pengembara tersebut merasai budaya Tibet di sebuah wilayah di China. Apa yang pentingnya dia ke sana tanpa menggunakan permit. Tanpa permit? Ya, tanpa permit. Hanya menggunakan visa.

“Aku tahu macam mana nak tengok budaya Tibet tanpa permit. Kita ke Sichuan nak? Cuba baca balik sejarah Tibet. Tengok semula jajahan Tibet sebelum jatuh ke tangan China. Kham dan Amdo ada jawapannya”, balas aku pada Zaid.

Pesanan aku dibiarkan Zaid agak lama tidak berbalas. Di fikiran aku, agaknya dia sedang mentelaah apa yang aku khabarkan sebentar tadi. Sepi seketika.

“Ting”. Bunyi ringtone menandakan pesanan ringkas Zaid masuk. Segera aku membuka pesanan tersebut. Membuntang biji mata aku kegembiraan. Yes! Nampaknya saranan aku dipersetujui Uzair (Zaid) dan tugas-tugas untuk merancang itinerari selepas ini kami perlu sama-sama study.

Image and video hosting by TinyPic

Seminggu berlalu. Aku mula buntu. Tak ketahuan aku untuk memulakan perjalanan sama ada dari Yunnan ataupun Chengdu. Informasi yang aku cari di laman Facebook pula sangat terhad. Ada. Bukan tiada hantaran yang dikongsi tetapi semuanya tidak seperti route yang aku rancang dan kehendaki. Banyak dikongsikan hanyalah gambar pemandangan cantik semata-mata. Isi perjalanan informasi yang berguna kurang pula diceritakan. Sudahnya aku termanggu, terkebil –kebil melihat skrin laptop Acer tanpa melakukan apa-apa.

“Alahai…nak mula dari mana ni? Bingungnya. Nak naik bas perjalanan dari satu tempat ke satu tempat jauh-jauh belaka. Makan masa berhari-hari tu. Sepuluh hari mana lah cukup nak teroka sampai sempadan. Nak kena cari private driver nampaknya ni”, desis hati aku sendiri.

Aku mula memainkan jari jemari di atas papan kekunci. Mencuba nasib dengan mencari informasi di laman web berbahasa Mandarin pula. Ruangan search aku gunakan dengan sebaiknya dan tanpa disangka dapat juga informasi yang dicari-cari. Berbaloi aku bersengkang mata dua tiga malam menggodek laman web berbahasa Mandarin ini. Nyata..kesungguhan aku berhasil. Hampir sepuluh emel pemandu di Sichuan yang menawarkan khidmat pemandu pelancong secara persendirian berjaya aku perolehi. Tugas untuk menghubungi private driver tersebut aku serahkan pada Uzair. Ini untungnya tahu serba sedikit bahasa ketiga. Boleh mencari pelbagai informasi di laman web berbahasa cina. Aku tersenyum lega.

Sepanjang beberapa minggu berurusan melalui emel, pelbagai respon yang diperolehi daripada pemandu persendirian yang dihubungi. Ada yang tak sanggup untuk menawarkan khidmat pada musim sejuk dan meminta kami batalkan sahaja niat untuk ke sana. Ada pula menawarkan pilihan lain ke beberapa tempat yang aku kira boleh dan senang diakses dengan pengangkutan awam sahaja. Tak terkecuali di antara pemandu persendirian tersebut ada yang menawarkan pakej sehingga ke Last Shangri-La namun bila terlihatkan kosnya, Allah…membeliakkan biji mata aku melihat tawaran harga. Mahal. Lebih kurang seperti tawaran harga, sewaktu aku uruskan mega trip tahun lepas ke Mongolia.

“Apa?? RM5000 untuk seluruh trip? Ni luxury trip kalau begini namanya. Mahal wei mahal. Aku nak khidmat pemandu saja. Hal penginapan, makan, tiket ke destinasi kita buat sendiri.  Tak apa kau hubungi pemandu yang tak tahu berbahasa Inggeris tu wei. Murah sikit tawaran dia. Nanti pandai-pandai lah aku berbual dengan pemandu tu dalam perjalanan. Jangan risaulah sempat lagi aku nak mantapkan bahasa Mandarin ni”, ujar aku pada Uzair dengan penuh keyakinan. Biar nampak yakin walau hakikatnya aku tahu kosa kata aku sangat terhad. Kadangkala hancur ke laut. Konsep aku, mudah. Hentam sajalah labu. Ayam dan itik boleh bersatu. Inikan pula aku!

“Boleh.Yakin boleh” desis aku sendiri.

Aku memang aku sedia maklum pemandu yang berbahasa Mandarin di China sebenarnya menawarkan harga yang lebih murah berbanding yang fasih berbahasa Inggeris. Itulah aku terlalu berkira-kira dalam kos kembara. Bukan aku tak mampu untuk mengeluarkan belanja tetapi memikirkan ada rakan sekembara lain yang turut serta kali ini, sebolehnya aku nakkan kos yang minima sewaktu mengembara.

Hari berganti hari. Detik demi detik pula menjadikan masa sangat cepat berlalu. Dub dab dub dab berdegup kencang rasa di hati. Hai..lain benar rancaknya irama jantung aku kali ini. Patutlah…rupanya dalam menunggu tibanya hari kembara, itinerari perjalanan terpaksa aku ubah berkali-kali atas beberapa sebab yang aku sendiri kurang pasti. Keselamatan? Tarik diri? Semuanya aku timbang dengan akal dan fikiran yang positif. Nasib lah tak boleh timbang kati…Kalau tidak, tentu dapat sukat kecewa aku separah mana. Letih bertimpa aku rasa bila perjalanan yang dirancang kena susun semula. Bukan senang nak susun semula satu persatu. Ditambah pula dengaan kesibukan aku dengan majlis kahwin yang satu itu. Jenuh. Sudahnya, aku kena nilai semula kos kembara, buat semula tempahan penginapan, bincang semula dengan pemandu harga bagi khidmat yang ditawarkannya setelah jadual perjalanan diubah dan banyak lagi. Walau tampak sedikit kecewa kerana terpaksa mengubah haluan, perjalanan tetap akan diteruskan. Lagipun tiket sudah dibeli. Rugi…dan sayang sekali kalau dibatalkan.

Tiga bulan sebelum bermulanya jejak kembara siap juga sepenuhnya itinerari dan peruntukan kos sebagai panduan. Itinerari terbaru yang sudah lengkap itu aku tatap dengan teliti satu persatu sebelum dikongsi pada rakan sekembara yang turut serta. Setelah semuanya berpuas hati, persiapan demi persiapan dilakukan mengikut perancangan. Kali ini teliti sekali.

Visa? Checked.

Pasport? Checked.

Tukaran wang asing? Checked.

Daftar masuk tiket kapal terbang? Checked.

Bilangan yang bersedia untuk “boarding” di pintu masuk? Aku mula mengira ahli trip satu-persatu. Cukup 7 kesemuanya. Tak ada seorang pun yang tertinggal. Fuh…Lega! Sambil aku menghembus hela.

Senyuman aku mula bercambah dibibir. Akhirnya tercatat jua travelog itu…

“Kham & Amdo, Aroma Tibet di Tanah Bersalju”

sichuan road trip route
Road trip route yang kami lalui sepanjang Sichuan trip 2018 :  Chengdu  -> Songpan -> Barkam -> Danba  -> Xinduqiao -> Kangding -> Luding (Moxizhen) -> Chengdu

 

Image and video hosting by TinyPic
         6.12.2018 , Khamis
Advertisements

One thought

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s