Long JOURNEY To The Northwest Sichuan

      Perjalanan itu panjang dan berliku, bersiaplah dengan perjalananmu

Penatnya terasa menempuhi perjalanan ditambah pula dengan cerekarama tawar menawar kos pengangkutan ke Chengdu downtown di Chengdu Shuangliu International Airport, semalam…

Hari ini pengembaraan di bumi Sichuan sudah pun bermula. Tak sangka akhirnya dapat menjejak juga bumi Sichuan yang masih terkenal dengan keindahan alam yang masih suci ‘dara’ nya.  Kah! Ayat memang tak boleh dipertikaikan. Ya… Siapa sangka keindahan alam di Sichuan terutamanya di beberapa daerah seperti Aba dan Garze, banyak menyajikan sisi lain daripada wilayah tumpuan utama pelancong seperti di Beijing mahupun Guangzhou. Oleh kerana itulah aku tergila-gilakan sangat tempat-tempat sebegini yang mana jarang menjadi tumpuan pelancong melainkan kaki pencinta alam yang sukakan cabaran.

“Cepat turun ke bawah. Mr Bo driver kita dah sampai dan tunggu di bawah tu”, ujar suamiku, Uzair.

Segera aku settlekan urusan check out di kaunter dan pastikan semua rakan-rakan yang turut serta dalam trip; Kak Zarina, Catz, Izyan, Intan, dan Nir sudah turun dengan membawa bagasi masing-masing. Kami disambut dengan senyuman mesra oleh Mr. Bo. yang kelihatan segak orangnya. Tipikal lelaki China.

“Okay…Lets go!”, ujar Mr. Bo ketika kami dalam kekalutan mengangkut bagasi ke dalam van.

Our driver, Mr. Bo dan bunganya yang masih mekar dihari pertama , memandu keluar dari Chengdu  City menuju -> Songpan.
7 orang kesemuanya ceria memulakan perjalanan
IMG_20181207_161259.jpg
Dahulunya rakan kembara, sekarang dah jadi suami aka travel partner sehati sejiwa!

Tepat jam 8.30pagi dengan lafaz Basmallah kami memulakan perjalanan. Mengikut jadual kami akan menuju ke Songpan, Aba terlebih dahulu. Songpan yang bakal kami jelajah nanti sebenarnya sudah wujud sejak Dinasti Tang lagi dan ianya dibina semula ketika Dinasti Ming.

Sejam dua yang pertama sepanjang perjalanan aku rasakan kiri dan kanan jalan tiada apapun yang mampu menarik minat mata memandang. Kotaraya dan jalan raya hiruk pikuk sedikitpun tidak menarik perhatian aku. Bungkam aku dan rakan lain melayan perasaan. Namun apabila menginjak ke kawasan pedalaman yang nyatanya jauh dari kesibukan kota kami disajikan dengan pemandangan alam yang memukau pemandangan. Gunung ganang yang berpasak-pasak dan sungai yang mengalir tenang mula menghiasi pandangan mata.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Banjaran gunung yang berpasak-pasak

Sepanjang perjalanan kami juga meredahi  terowong demi demi terowong (tunnel) sama ada yang sudah siap ataupun masih dalam pembikinan. Sebenarnya gerun juga aku memikirkan menempuh masuk dan keluar terowong demi terowong ini. Takut melihatkan keadaan luar terowong yang sempit dan kerisauan sesekali bertandang takut-takut berlaku sesuatu yang tidak diingini. Teringat aku akan berita yang pernah aku baca, penumpang bas cedera dan parah gara-gara bas melanggar dinding terowong menghala ke Luoyang China pada tahun lepas. Haishh aku cuba positif dan  kawal diri dengan berdoa pada Ilahi. Sedar tak sedar, hampir lebih 8 terowong rupanya kami redahi. Alhamdulillah…selamat juga tempuh semua terowong yang ada di sini.

Antara tunnel yang dilalui sepanjang perjalanan ke Songpan

Banyak bandar kecil yang dilalui aku pandang sepi. Apa yang aku lihat, semuanya seumpama pekan cowboy. Sehingggalah kami  tiba di Maoxian County sebuah bandar kecil yang aku tidak ketahuan namanya.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Sebuah bandar kecil di Maoxian County yang terletak di pinggir Sungai Minjiang

“Wo e’ le (saya lapar)”, ujar aku pada Mr. Bo driver kami dengan hasrat dia berhenti untuk singgah di kedai makan Muslim di sana. Mahu taknya sarapan tadi hanya biskut dan air sahaja aku ambil bagi mengisi perut.

“Musilin”, ujarku lagi.

Aku lihat Mr. Bo tertinjau keluar jendela. Dengan tidak semena-mena Mr. Bo cepat-cepat membuat pusingan U bila beliau sedar Muslim Restaurant terlajak jauh ke belakang. Akhirnya jumpa juga Muslim Restaurant yang satu-satunya yang beroperasi ketika ini. Alhamduillah rezeki. Lahap sekali kami menghadap rezeki tengahari tersebut. Masing-masing lapar sebenarnya. Walaupun tampak sedikit pedas tetapi supnya sangat menyelerakan.

2
Intan & Kak Zarina bergambar bersama-sama owner kedai di Maoxian County. Cuba tengok mee tariknya…Peh! Menarik hati ~ Pic by Intan.
Keadaan kedai dari depan. Sebelah kedai makan tersebut adalah Pusat yang menyediakan makanan halal di sana.

Usai makan, perjalanan diteruskan semula. Sejam kemudian kami tiba di sebuah perkampungan iaitu Paishanyingcun dan hampir lebih 3  jam kami terkandas di sini gara-gara keadaan jalan yang sempit di lewat liku likuan gunung menyukarkan pergerakan kenderaan besar dan perlu diselesaikan dengan campur tangan polis trafik bagi mengawal keadaan. Perjalanan yang pada asalnya hanya mengambil masa 6-7 jam menjadi lebih panjang gara-gara masalah yang tak diduga.

IMG_20181207_153837_1.jpg
Sebuah perkampungan di Paishanyingcun didirikan di lereng-lereng bukit
IMG_20181207_161245.jpg
Tersangkut dalam perjalanan. Asalnya 6-7 jam dah jadi 11 jam perjalanan gara-gara jalan sempit!
jhdr
Sempat  lagi ambil peluang turun van dan capture picture! Tak der keje 

Setelah keadaan reda, perjalanan diteruskan sehinggalah sekali lagi Mr. Bo menghentikan van nya.

“Picture!”, ujarnya kepada kami mengisyaratkan untuk turun mengambil gambar pemandangan berlatarbelakangkan Diexi Lake.

jhdr
Pemandangan dari Diexe Ancient Town Sightseeing Platform.

Puas hati dengan beberapa keping gambar sebagai kenangan, perjalanan diteruskan lagi ke Songpan memakan masa selama 3 jam lebih. Menginjak  saja maghrib, tibalah kami di Songpan Ancient Town sebuah kota lama yang mengikatkan dua hati antara Wenchuang Princess (Tang Dinasty) dan Emperor Songsten Gampo of Tibet.

Malam tersebut kami mengambil peluang untuk meninjau sekejap sambil mencari makan. Banyak sekali Muslim Restaurant di Songpan Ancient Town ini yang dahulunya lebih dikenali sebagai Kota Songzhou. Dan lantas aku teringat fakta-fakta lama mengaitkan dengan penduduk-penduduk yang berada di sini. Oh… betul lah Songpan merupakan pusat perdagangan  masa lampau antara provinsi Sichuan, Gansu dan Qinghai. Jadi tak hairanlah kalau ada etnik Tibetan, Qiang, Hui(Muslim) dan Han (Mandarin) saling mendiami kota ini penuh harmoni!

853503837_61582
Kepenatan dan kelaparan. Tak sabar menunggu makanan ya?
oznor
Gemerlapan Gerbang Kota Lama Songpan disimbahi cahaya
cof
Walaupun kesejukan, yang penting posing tetap posing
cof
Cuba meniru aksi statue. Ini ialah statue Songtsan Gambo dan Princess Wencheng  yang megah berdiri di depan gerbang Kota Lama Songpan
kcf
                 Sichuan, China

2 thoughts on “Long JOURNEY To The Northwest Sichuan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s