Kesejukan di Taman Negara Huanglong

People don’t notice whether it’s winter or summer when they’re happy

Seawal jam 8.00pagi saat semua sudah siap, ada di antara kami yang rupanya terlajak tidur.

“Eh! Belum mandi lagi?”, soal aku pada Catz dan Nir bila pintu yang diketuk dibuka mereka.

“Weih..kami baru bangun”, ujar Catz.

Cepat-cepat aku suruh mereka bersiap. Lumrah dalam  perjalanan adakalanya aku juga terlajak lena dek kepenatan ditambah dengan kesejukan yang melanda. Musim sejuk mahu taknya. Enak sungguh sebenarnya jika ditarik lagi kain gebarnya. Sebaik semuanya sudah bersedia, Mr.Bo mula memandu menghala ke Huanglong National Park yang jaraknya hanya 50 kilometer dan mengambil masa selama sejam sahaja dari Kota Lama Songpan.

Ketika van mula mendaki masuk ke kawasan National Park, tiba-tiba Mr. Bo menghentikan vannya. Segera dia turun ke sisi tebing jalan raya dan lantas mengutip buah seakan akan buah Duranta Erecta (sinyo nakal).

“Shenme shuiguo?”, ujar aku pada Mr. Bo

Dalam samar-samar aku dengar Mr. Bo menyebut “SACHI”. Eh! Entah betul entah tidak. Pekak juga rupanya aku. Bila diunjukkan buah tersebut pada kami semua masing-masing tidak menolaknya. Aku lihat Mr. Bo memasukkan ke dalam mulut lantas mengunyah. Sambil memandang Mr. Bo  dan dalam keriuhan bertanya untuk apakah buah ini , akhirnya yang lain turut memasukkan ke dalam mulut. Berkerut masing-masing menahan kemasaman. Ewww….

“Vitamin C”, ujar M. Bo lagi.

Masing-masing mengangguk. Ya lah masam! Sempat juga aku mengambil setangkai dua sebagai ubatan untuk menahan rasa muntah. Sedap juga masam-masam dikulum sewaktu van dipandu mengikut likuan gunung.

Inilah buah seakan akan duranta erecta. Hakikatnya aku pun tak tau buah apa ni hahaa
8
Masing-masing pulun menikmati kemasaman 😜 ~ 📸 by Intan Adliana

Sebaik tiba di Huanglong Ropeway, perasaan hampa menyelebungi semua. Rupanya ropeway tersebut dihentikan operasi buat sementara ketika musim sejuk dan bakal dibuka semula ketika musim bunga menjelma. Walaupun sedikit kecewa masing-masing cuba pamerkan rasa gembira dengan mengambil gambar sekitar bagi menghilangkan rasa duka. Tak dapat masuk jadilah dengan bergambar sahaja.

cof
Laluan ke cable car lengang kerana telah pun diutup seminggu yang lalu

‘Honk…honk…’

Mr. Bo mula meneka hon vannya. Gesanya supaya kami naik cepat. Aku pula sesak memikir ke mana arah tuju kami seterusnya. Apabila Mr. Bo kembali semula ke Huanglong National Scenery Spot Ticket Office, nasib baik menyebelahi kami. Ping Road (Plank Road) dibuka malah boleh diakses dengan mudah. Scenic area tersebut rupanya can be reached on foot. Alhamdulillah dapat juga berkunjung ke sini walaupun ropeway ditutup.

Any children with you?? Your passport please…..60 yuan per person“, ujar gadis kaunter tiket dalam pelat Mandarin yang pekat.

“No… All of us are adults”, sambil mengunjukkan duit dan membuat pembayaran tiket masuk. Usai urusan pembelian tiket, masing-masing melangkah dengan hati-hati. Di luar bangunan Ticket Office kelihatan kerpasan salji mula jatuh ke bumi. Wah! Salji…..Terfikir juga tentu kami bakal kesejukan nanti sewaktu trekking ke atas. Sebagai seorang guru Geografi, aku sedia maklum ciri-ciri terbesar cuaca di kawasan tanah tinggi di Huanglong ini adalah perbezaan suhu yang ketara antara siang dan malam, disebabkan iklim dataran tingginya. Tak hairanlah walau apa musim sekalipun suhu siang di sini tetap sejuk dan dingin. Tambahan pula ketinggian (elevasi) di sini adalah di antara 3,145 dan 3,578 meter dari aras laut di kaki Gunung Xuebaoding, puncak utama Mt. Minshan menjadikan radiasi ultravoilet juga tinggi. Boleh gelap kulit jadinya kalau tidak mengambil krim perlindungan matahari.

“Kita trekking slowly ya. Jangan lari jangan excited sangat. Tempat tinggi juga ni. Kalau tak larat bagi tahu tau”, kataku pada rakan yang lain.

Plank road menghubungkan hampir ke semua tempat menarik dalam taman negara ini. Susur sahaja laluan berkayu ni
ala-ala bermesra di dalam salji gitu!
853504713_61335
Asyik sekali masing- masing  dengan kamera ~ 📸 by Intan Adliana

Oleh kerana Huanglong terletak di kawasan dataran tinggi aku tak terlupa mengingatkan rakan-rakan agar tidak terlalu excited dan trekking ke atas mengikut kemampuan diri masing-masing.

Perlahan-lahan plank road kami jejaki. Sesekali aku lihat suami melangkah jauh ke hadapan. Aku dengan langkah ku sendiri ~ perlahan. Risau jikalau diserang AMS. Nafas di dada kedengaran kuat sekali. Sejuk dan mengah. Lantas nafas ditarik dalam-dalam dan cepat-cepat aku pastikan langkah seiringan dengan suami sehinggalah kelihatan di mata Welcome Pool atau dikenali sebagai Yingbin (迎宾) yang ku kira cantik juga menyambut ketibaan kami.

cof
welcome pool yang kelihatan berteras-teras

Kalau di Turki adanya Pamukkale, di Indonesia ada Danau Kaolin, di Sichuan China pula aku lihat dengan mata sendiri keindahan kolam di Huanglong ini (walaupun hanya Welcome Pool). Agaknya kalau Multicolor Pool lagi indah dari ini. Kebanyakkan kolam di Lembah Huanglong ini terbentuk daripada endapan batu kapur dari sumber mata air panas sejak ribuan tahun lalu. Apabila adanya pemendapan deposit mineral, ini menyebabkan bakteria dan alga di dalam kolam ini subur dan biak berkembang. Oleh sebab itulah kolam ini nampak cantik dan berwarna warni : kuning, hijau, dan biru. Nampak kejadiannya berteras-teras. Keindahan alam yang luar biasa inilah menjadikan Huanglong diktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1992.

cof
natural ice sculptures boleh dilihat terbentuk di tepi dinding teras tasik
7
Pool close up image  ~ 📸 by Intan Adliana

Walaupun kesejukan dan angin kuat sesekali bertiup menyapu muka, aku lihat semua abaikan rasa malah sibuk dengan handphone dan kamera. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mencari sudut yang sesuai untuk mendapatkan gambar yang cantik. Aku juga tidak terkecuali.

Kemudian langkah kaki diorak menuju ke tempat lebih atas lagi. Kali ini kami menuju ke Fei Pu Liu Hui atau dikenali sebagai Marvellous Flying Waterfall. Ketinggian air terjun ini adalah 3245 meter dari aras laut. Cumanya menjengah waktu musim sejuk pemandangan aku rasa biasa-biasa sahaja sementelah matahari waktu ini kelihatan malu-malu menyorok sebalik awan. Patutlah sejuk sangat. Tiada panas matahari sebaliknya angin di tanah tinggi mampu menusuk ke tulang hitam. SEJUK. Cepat-cepat aku selesaikan sesi bergambar di sini.

Sebenarnya selepas air terjun ini masih ada 12 lagi attraction yang tidak kami jengah sehingglah ke atas iaitu Multicolored Pond 五彩池 yang berada pada ketinggian 3500 meter dari aras laut. Khabarnya ada 600 lebih kolam di atas sana..Hai! Terasa rugi pula menghabiskan masa sekejap sangat di sini.

853235287_166543
Marvellous Flying Waterfall ~ 📸 by Intan Adliana

cof

 

Usai semuanya, kami kembali semula ke Kota Songpan. Kali ini misi explore dan mencari makan. Cepat sangat kelaparan rupanya ketika musim sejuk. Mengisi perut dengan sup panas tentu dapat menghangatkan badan. Itu yang terfikir dibenak fikiran aku. Sepanjang jalan di dalam kota aku lihat suasananya tenang dan damai sekali. I like ancient town. Terasa blend sekali dalam sosio budaya mereka. Asyik sekali memandang sebahagian dari mereka yang masih mengamalkan pemakaian tradisional~dalam sut pakaian Tibet. Unik!

853236723_166360
Arca menunjukkan Sonpan dahulunya merupakan hub perdagangan antara kebanyakkan provinsi di China. Tea horse road
sdr
Berbondong jalan sekitar Songpan Anciet Town. Nak intai baju ker kasut tu kak?
oznor
tibetan people in Songpan

 

Kedai-kedai kecil sesekali dijengah. Aku tertarik dengan baju sejuknya. Hai… perempuan dan shopping memang tak boleh dipisahkan walau terpisah benua sekalipun. Buntang mata si suami  melihat ragam si isteri. Nasiblah suami ku melayan saja kerenah.

853237357_165495
Girls dan agenda mereka. SHOPPING. Itu kedai menjual pakaian sejuk menggunakan bulu haiwan. Yang tergantung diluar tu  kulit/bulu harimau yer ~ 📸 by Intan Adliana

“Alah bukan nak beli pun…kita masuk tengok jer”, kata aku pada suami bagi menyedapkan hati sambil aku tunggu reaksinya. Sangka ku ada respons negatif, tetapi sebaliknya banyak lagi kedai kami jengah. Rakan-rakan ku yang lain? Aku biarkan mereka dengan agenda tersendiri. Agaknya kalau aku sekali join dengan mereka memang dah tak nampak suami di sisi. Almaklumlah…perempuan dan shopping, sekali lagi umpama benang diikat mati!

sdr
Limau mandarin yang manis dijual di kaki lima. Waktu ni laju je si suami berjalan 😀 
 Sungai Minjiang dapat dilihat dari dalam Songpan Ancient Town
kcf
                  Sichuan, China

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s