Solo Travel Buat Kali Pertama Akhirnya, Oryukdo & Taejongdae Dijengah

Argh mana perginya ni T-money aku? Sudah tak kan nak beli lain? Getus aku di pagi hari. Tepat jam 9.00 pagi aku buat keputusan keluar dan beli yang baru. Malas nak mencari dalam beg. Aku yakin dalam beg dalam bilik itu jugak. Itu lah bahana suka mengemas. Hari ni aku bergerak sendirian. Solo travel for … Continue reading Solo Travel Buat Kali Pertama Akhirnya, Oryukdo & Taejongdae Dijengah

Gamcheon Santorini Of The East

Oleh kerana penat otak penat fizikal semalam, aku terbangun lambat untuk hari ke 5 di Korea ini. Perjalanan pagi dimulakan pada pukul 9.00 pagi ke Gamcheon Culture Village. Cadangnya nak bergerak sendiri. Akhirnya berempat juga kami bergerak ke destinasi. Untuk ke kampung budaya tersebut aku menggunakan subway line 1 & 2. Tak susah sebenarnya. Tahu … Continue reading Gamcheon Santorini Of The East

Haedong Yonggungsa & Busan Beach Menggamit Kenangan

Plan hari ini bergerak pula ke Busan setelah 3 hari meninjau Ulsan. Rasanya lebih tenang hari ni bersedia menghadap kesibukan Busan. Busan antara bandar yang menjadi tumpuan warga Malaysia jika ke Korea Selatan. Kepingin sekali nak bergerak di sana nanti keseorangan lebih pantas cepat tanpa ada gangguan mana mungkin aku datang berteman. Tepat jam 9.30 … Continue reading Haedong Yonggungsa & Busan Beach Menggamit Kenangan

Memendam Rasa Di Ganjeolgot Cape Spot Matahari Terbaik

Ganjeolgot? Mula mahu menyebut membuatkan lidah seperti bertutur bahasa urdu. Berbelit lidah. Terasa seperti menyebut jenglot. Ganjeolgot Cape letaknya di Seosaeng-myeon, Ulju-gun boleh diakses menggunakan bas bernombor 715. Di sinilah merupakan tempat di mana kita dapat melihat keindahan mentari pagi menyuluh bumi. Malangnya aku pergi sewaktu matahari dah meninggi. Apalagi gigit jari lah makngah ye! … Continue reading Memendam Rasa Di Ganjeolgot Cape Spot Matahari Terbaik

Ku Kira Jejaka Kimchi Rupanya Whale Yang Lebih Menarik Hati

Jam menunjukkan 8.45 pagi. Dah berkira kira mahu melangkahkan kaki tetapi dek kerana travel buddy yang lagi dua orang lambat.. Eh "superlambat" kau! Makna kata pergerakan aku juga perlu dilambatkan. Ikutkan hati nak tinggal aje. Tapi alah.. Abaikan kejap rasa yang menyinggah. Orang yang sabarkan di sayangi Allah. Kan?? Bas 246 membawa aku ke Jangsaengpo … Continue reading Ku Kira Jejaka Kimchi Rupanya Whale Yang Lebih Menarik Hati

Sepetang Di Daewangam Park

"Kak Sya jom kita ke Korea nak?" Ucapnya kepadaku. "Okay jom!" Sepatah kataku tanpa memikir apa yang ada di Korea. Aku akui Korea bukanlah wishlist aku. NO. Entah.. sebab tarikan tiket murah sehingga kan aku tak mampu untuk mencari indahnya Korea di mata aku. Namun sedikit demi sedikit terlihat keindahan Korea dengan cara yang tersendiri. … Continue reading Sepetang Di Daewangam Park