About Me

Assalamualaikum Wbt.  Sedikit Coretan Pengenalan :

Tatkala manusia berlumba-lumba menjelajah setiap ceruk dunia, aku juga tidak terkecuali. Bukan perlumbaan mengejar cop pasport atau seberapa banyak negara dijelajahi tetapi penjelajahan ini dilakukan atas dasar ingin tahu dan menikmati keindahan alam yang Tuhan ciptakan seterusnya menjadikan setiap dapatan dari kembara mampu merubah hidup menjadi lebih baik. Insya Allah.

Aku hanyalah pengembara picisan berkongsi ilmu dan kisah. Sebagai pendidik di salah sebuah sekolah, kisah pengembaraan seringkali menjadi selingan dikongsikan bersama si anak didik di dalam bilik darjah terutama dalam bidang Geografi & Sejarah. Adalakalanya nilai diperoleh dikongsikan buat tauladan.

Masih bergelar ‘jagung muda” dalam kembara. Aku hanya memulakan melangkah ke luar negara bermula pada tahun 2014. Terasa ruginya diri bila tidak bermula dari awal. Namun bukanlah sesuatu yang terlambat. Bak kata orang “you not too old, is not too late! Grab the chances”.

 

Countries Have Been Visited

☑ China
☑ Indonesia
☑ Thailand
☑ South Korea

What’s On My Travel Bucket List?

🌀 Mongolia 🔜
🌀 Kyrgyzstan
🌀 New Zealand
🌀 Russia Federation

 

“Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezekiNya. Dan hanya kepadaNyalah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” Al Mulk (67: 15) .

Salam Sayang, Cikgu Feesya Red Heart on emojidex 1.0.24

 

This slideshow requires JavaScript.